in

“Gong gong gong” – Lelaki Didakwa Anak Makcik Kemboja Ajak Netizen Yang ‘Menyalak’ Di TikTok Bersemuka

anak makcik kemboja memanadkan keadaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai seorang wanita yang dikenali sebagai Makcik Kemboja, usahawan yang telah mengeluarkan kenyataan melabel orang Melayu malas hingga menimbulkan kemarahan ramai.

Meskipun wanita yang juga dikenali sebagai Madame Mariyah ini telah membuat permohonan maaf termasuklah kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ), tular pula sebuah video yang memaparkan seorang lelaki yang mendakwa dia adalah anak kepada Makcik Kemboja.


2432137 e1700560779634

Artikel berkaitan: “Patik bangga jadi rakyat Johor” – Makcik Kemboja Sedih, Mohon Maaf Kepada TMJ

Artikel berkaitan: “Kami terbeban dengan longgokan stok” – Bekas’Partner’ Mak Cik Kemboja ‘Spill Tea’?

“Daripada kau menyalak macam anj*ng kat tiktok, aku cabar kau face aku” 

Menerusi satu video yang tular di TikTok, lelaki berkenaan mengatakan bahawa dia anak kepada Makcik Kemboja dan mencabar para netizen yang kini bising di TikTok untuk bersemuka dengannya di kilang mereka.

Yang kau hina tu mak aku tau s*al. 

“Daripada kau menyalak macam anj*ng, gong gong gong, ha ni, anak Makcik Kemboja kat sini, aku dah tak takut dah kat kau. Aku memang tak pernah takut pun dengan kau,” katanya.

https://www.tiktok.com/@liamadalia/video/7303963362738638081?_r=1&_t=8hYm8aVRFD8

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai kecaman netizen, termasuklah ada yang menggelarkan lelaki itu sebagai Azwan Ali versi Kemboja.

Tak cukup dengan itu juga, ada yang meminta lelaki berkenaan berhenti mencabar netizen kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih buruk.

anak cik kem

Terdahulu, isu Makcik Kemboja mendapat perhatian ramai apabila usahawan ini telah mengeluarkan kenyataan berbaur kutukan kepada orang Melayu.

Makcik Kemboja yang memiliki sebuah gedung tekstil dan menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor itu juga telah membuat permohonan maaf selepas isu berkenaan viral sehingga mendapat perhatian TMJ.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.