in

Gitaris Baik Hati Guna Gaji Pertama Untuk Biaya Umrah Pengasuh Yang Menjaganya Selama 24 Tahun

Umrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebab itulah pepatah Inggeris ada mengatakan, ‘Don’t judge a book by it’s cover’. Tak semestinya seseorang tu kalau dia bertatu atau rambut berwarna, kita boleh cop dia sebagai orang jahat dan lain-lain.

Samalah seperti seorang gitaris terkenal di Indonesia ini, dari gayanya nampak macam rock sikit tapi rupanya dia mempunyai hati yang lebih mulia daripada orang lain. Menerusi perkongsian Wine Fallensky di Facebook, dia dengan seikhlas hati telah menaja pengasuhnya untuk mengerjakan umrah baru-baru ni. 


 

“Saya menggunakan gaji pertama saya untuk memberangkatkan beliau ke Tanah Suci”

Menurut Wine, pada 11 November lepas pengasuh/babysitter gitaris ini telah berlepas untuk menunaikan ibadah umrah selama 20 hari.

“Selama 24 tahun ini, tidak pernah sekalipun saya dengar keluhan keluar dari mulutnya.

“Beliau adalah seorang pekerja keras, sudah tua dan beberapa kali ingin pencen tapi, masih harus mengirimkan wang untuk anak cucu kerana keluarganya cukup besar. Beliau juga orang yang sangat taat dengan agama dan sudah lama sekali bermimpi untuk pergi ke Tanah Suci.

“Namun wang tabungannya selalu terpakai untuk keperluan keluarga. Di usianya yang sudah senja, tubuhnya sudah tidak sekuat dulu lagi saat menemani saya bermain dan berlari-lari. Beliau mulai obesiti, metabolisme tubuhnya makin menurun. Masalah urat dan kolesterol sudah mulai mengganggu aktivitinya.

“Saya jadi yakin akan menggunakan gaji pertama saya untuk memberangkatkan beliau ke Tanah Suci. Adik saya juga setuju. Saya kemudian minta restu dari orang tua saya.”

45828259 10216021929534626 331808273978097664 N
sumber: facebook

 

“Saya ambil pakej yang PALING LENGKAP! Supaya di sana, beliau tak terlalu penat, banyak kemudahan dan hotel tak jauh” 

Pada mulanya pengasuh Wine macam tak percaya yang anak asuhannya ini ingin membiaya kos umrahnya. Tapi bila dia nampak Wine bersungguh-sungguh dalam mengotakan janji, pengasuhnya bawa brochure untuk ditunjukkan kepada gitaris tersebut.

“Saat pertama kali saya beritahu, beliau hanya tertawa saja.

“Sus, cuba cari travel buat umrah ya. Secepatnya Sus berangkat.”
Difikirnya saya bercanda.

“Setiap hari saya tanyakan hingga seminggu kemudian, beliau bertanya kepada pembantu rumah lain mengapa saya berkata demikian. Kemudian beliau menemui saya dan bertanya, “Benar nak bawa saya pergi umrah?”

“Saya jawab, “Ya, cari dulu saja (agen) travel yang baik, biar tak kena tipu. Kalau boleh yang kita kenal. Cari yang bagus, yang tak jauh tempatnya biar tak penat nanti di sana.”

“Beberapa hari kemudian, beliau membawa sebuah brosur dari anak saudaranya. Ada pakej promo umrah di agen tempat anak saudara beliau bekerja.

“Sus, mau ambil yang mana?”

46100983 10216028756705301 4632147654942392320 N
sumber: facebook

“Saya terserah. Berangkat saja sudah alhamdulilah.”

“Saya langsung ambilkan pakej yang PALING LENGKAP! Supaya di sana, beliau tidak terlalu penat, banyak kemudahan dan lokasi hotelnya juga tidak jauh.

“Saya paling ingat saat beliau memeluk saya dengan mata berkaca-kaca.
Saya tidak akan pernah lupa.

“Saya doakan, kamu sekeluarga banyak rezeki berlimpah-limpah. Nanti di sana kamu saya doakan.”

 

“Ini salah satu alasan kenapa saya ambil pakej yang paling mahal. Biar yang memerli itu makin sakit. Orang nak beribadah diperli-perli pula!” 

Biasalah bila ada perkara baik yang berlaku kepada kita, pasti ada orang-orang di sekeliling yang jealous dan tidak puas hati. Tapi perlian makcik bawang terhadap pengasuh Wine tu akhirnya terhenti bila Wine biaya pengasuhnya ke umrah dengan pakej yang paling mahal. Haa terdiam kau! 

“Sempat ada masalah kerana sijil lahir dimakan ulat, sehingga terpaksa ke sana ke mari untuk mengurus passport. Beliau tidak pernah terfikir bahawa suatu saat nanti akan memerlukan dokumen-dokumen tersebut. Jadi ya, dibiarkan saja dimakan ulat~

“Berkali-kali beliau bercerita pada saya bahawa tetangga-tetangga dan kenalan banyak yang tidak percaya. Banyak yang nyinyir (perli) kalau beliau akan pergi umrah. 

“Berangkat, hari ini! Silakan memerli sepuasnya!!! Ini salah satu alasan kenapa saya ambilkan pakej yang paling mahal. Biar yang memerli itu makin sakit. Orang mahu ibadah tapi diperli-perli! Kurang kerjaan!

“So, guys. Jangan pernah meremehkan sebuah pekerjaan. Jika dilakukan dengan tulus, ikhlas, setia, pasti akan membawa kebahagiaan dan berkat.

“Teman-teman juga boleh bawa kebahagiaan dan menjadi berkat untuk orang-orang di sekeliling. Mulakan dari  perkara yang kecil. Waktu, perhatian, dan kasih sayang yang tulus adalah harta yang tak ternilai, tak dapat dibeli dengan wang.” 

22730090 10213005941176802 5883890146059254133 N
sumber: facebook

 

“Semoga Allah membalas kebaikanmu” 

Rata-rata netizen yang membaca kisah ini terharu dan mendoakan kebaikan buat gitaris tersebut serta pengasuhnya. Susah nak dapat orang mulia dan berhati ikhlas macam ni. Semoga jadi inspirasi buat semua.

Bagus
sumber: facebook

Siapalah yang potong bawang ni… berkaca mata admin! 

Baca: Warga Emas Tolong Lelaki Tak Cukup Duit Dengan Cara ‘Halus’ Ni Jadi Inspirasi

Baik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.