in

Gertak & Samun Remaja Dalam Lif, Lelaki Bertopi Keledar Dicekup Polis

Lelaki Bertopi Keledar Samun Remaja Dalam Lif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang remaja lelaki berdepan detik cemas apabila disamun seorang individu bertopi keledar ketika berada dalam sebuah lif.

Menerusi rakaman berdurasi 2 minit 32 saat itu, remaja lelaki yang sudah berada di dalam lif didatangi dua lelaki bertopi keledar, namun seorang daripada mereka beredar.


Lelaki berbaju putih itu dilihat berada di hadapan pintu lif seperti menghalang mangsa daripada keluar dari dalam lif.

Artikel berkaitan: Warga Emas Maut Dijerut Dengan Kain Pelikat Lepas Disamun, 2 Lelaki Ditahan

https://twitter.com/nanmanjoi8715/status/1714136778901455359?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1714136778901455359%7Ctwgr%5E2c8a2a31d8d06f88f6086a97c95e16fa4b61e532%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fthevocket.com%2Fmiliki-rekod-lampau-jenayah-dan-dadah-lelaki-samun-remaja-dalam-lif-ditahan-polis

Malah, lelaki itu menarik baju mangsa dengan kasar sebelum merampas barang daripada poket seluar dan mengarahkan mangsa menyerahkan beg duit.

Suspek ditahan polis

Menurut laporan polis, kejadian samun berlaku di dalam sebuah kediaman pangsapuri di Johor pada petang Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek berusia 43 tahun ditahan di pangsapuri sama pada pagi semalam.

“Polis turut merampas telefon bimbit, sehelai seluar dan sepasang kasut, manakala semakan lampau mendapati suspek mempunyai empat kes jenayah dan tiga kes dadah,” katanya.

Suspek juga didapati positif dadah jenis morfin selepas membuat ujian saringan air kencing dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Sumber: TikTok, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.