Di antara tahun 1924 hingga 1950, seorang wanita bernama Georgia Tan telah menculik dan pisahkan lebih dari 5,000 kanak-kanak dari ibu bapa mereka. Kebanyakannya adalah orang miskin dan ibu yang belum berkahwin.
Kerana wanita ini berperwatakan seperti nenek, kebanyakan keluarga tak tahu yang wanita ini sebenarnya menjadikan kegiatannya sebagai cara untuk menjadi kaya.
Cabul kanak-kanak perempuan & hantar beberapa kanak-kanak untuk tinggal dengan pedofil.
Georgia yang bekerja di rumah agensi pengambilan anak angkat Tennesse Children’s Home Society akan meminta orang-orangnya cari kanak-kanak untuk dijual.
Beberapa kanak-kanak di bawah jagaan Georgia ada yang sangat terseksa kerana wanita ini dikatakan telah mencabul beberapa kanak-kanak perempuan dan menjual remaja kepada lelaki pedofil.
Wanita ini juga turut arahkan kanak-kanak yang dah besar untuk duduk atas paha lelaki dan beberapa kanak-kanak yang dibeli telah dipaksa untuk menjadi hamba atau dipukul, didera dan ada yang dirogol.
Salah seorang kanak-kanak ini, Jim Lambert mengatakan yang dia masih ingat Georgia pisahkan dia dan adik beradiknya dari ibunya pada tahun 1932. Dia kemudiannya didera oleh ibu angkatnya dan bila Jim dapat cari balik ibu kandungnya, dia dapat tahu ibunya itu dah meninggal dunia.
Pendapatan lebih dari $1 juta dengan hanya jual bayi
Akhir tahun 1940, gabenor Tennessee telah mengarahkan peguamnya untuk siasat Georgia dan dia dapati, wanita tersebut telah mendapat lebih dari $1 juta dengan menjual bayi.
Culik kanak-kanak dengan menipu cakap anak lahir mati
Atas arahan Georgia, kanak-kanak telah diculik dari tepi jalan, pusat jagaan kanak-kanak dan gereja. Dia turut mengambil kanak-kanak yang dilahirkan di penjara atau hospital mental dan yang lain diculik dari hospital sejurus selepas dilahirkan.
Semua ini dapat dilakukan dengan pertolongan orang dalam yang juga terdiri daripada doktor, jururawat dan pekerja sosial. Beberapa doktor juga sanggup ambil rasuah untuk bagitahu ibu bapa yang anak mereka lahir mati. Identiti-identiti sebenar kanak-kanak ini dirahsiakan sehingga mereka tak boleh nak mencari ibu bapa kandung.
Sebelum kegiatannya terdedah, pekerjaan Georgia telah dipuji oleh media dan isteri bekas presiden Amerika
Walaupun kanak-kanak di bawah jagaan Georgia ramai yang meninggal, Georgia telah dipuji. Media ketika itu mengatakan wanita ini merupakan “peneraju utama dalam undang-undang pengambilan anak angkat. Malah, isteri bekas presiden Amerika Syarikat, Eleanor Roosevelt turut pernah memuji dan berbincang dengan Geogia mengenai kebajikan kanak-kanak.
Selebriti Hollywood turut ambil anak angkat hasil dari operasi Georgia
Pelakon Joan Crawford yang telah mengambil lima kanak-kanak sepanjang hidupnya telah menemui anak kembar perempuannya Cathy dan Cynthia melalui Tennessee Children’s Home Society. Joan juga dikatakan telah mendera anak-anaknya namun Cathy dan Cynthia menafikan tuduhan tersebut.
Pelakon June Allyson dan Dick Powell turut ambil anak angkat dari Georgia termasuk Lana Turner dan Mary Pickford dan gabenor New York Herbert Lehman.
Kebanyakan kanak-kanak tak dipulangkan ke keluarga sebenar
Pada tahun 1950, gabenor Tennessee telah membbuat sidang media memberitahu orang awam tentang kegiatan haram Georgia. Pun begitu, kebanyakan kanak-kanak tak pernah disatukan dengan ibu bapa sebenar mereka.
Pada tahun 1994, mangsa-mangsa akhirnya diberikan kebenaran untuk dapatkan semula sijil lahir dan rekod pengambilan anak angkat namun hanya sikit je yang dapat jumpa balik dengan ibu kandung mereka.
Georgia mati kerana kanser sebelum sempat dihukum
Georgia meninggal akibat kanser rahim ketika dia berusia 59 tahun. Beberapa hari selepas Tennessee umumkan pendakwaannya. Tennessee Children’s Home Society kemudiannya ditutup selama-lamanya.
Sumber: Ranker