in

Genap 40 Tahun, Ini Perjalanan ‘Kisah’ 7-Eleven Di Malaysia!

Ft 7 Eleven 40Th Anniversary 1

Tahun ini, 7-Eleven Malaysia menyambut ulang tahun ke-40 di negara ini dan telah menjadi sebahagian daripada komuniti negara kita. 

Kalau difikirkan, 7-Elevenlah ‘penyelamat’ ramai tatkala banyak kedai tidak beroperasi pada hari raya pertama mahupun ketika kita memerlukan sesuatu selepas jam 10 malam tatkala banyak kedai-kedai lain sudah tutup.

Selain itu, bolehlah nak dikatakan ‘kehadiran’ 7-Eleven ni sememangnya banyak meninggalkan memori kepada segenap generasi sehinggalah hari ini.

116508402 L Normal None

Perjalanan 7-Eleven Di Malaysia

Di Malaysia, 7-Eleven merupakan pelopor dan juga operator kedai serbaneka 24 jam terbesar di Malaysia  dan setelah membuka 1,000 cawangan, 7-Eleven Malaysia menawarkan peluang kepada usahawan tempatan untuk membuka cawangan sendiri melalui program franchise yang unik pada tahun 2009.

Sehingga kini, terdapat lebih 2,500 cawangan 7-Eleven seluruh negara dan rangkaian kedai serbaneka ini boleh ditemukan di pelbagai lokasi seperti stesen minyak, stesen LRT, kawasan kedai berdekatan perumahan, pusat beli belah dan banyak lagi!

7Cafe Shop Touch Up

Berikut adalah antara fakta menarik tentang 7-Eleven Malaysia :

  • Cawan ‘clear’ Slurpee diperkenalkan pada 21 Januari 2008 supaya pelanggan boleh ‘mencipta’ hiasan tersendiri.Masa ni kalau korang ingat, masing-masing nak show off skill nak cipta ‘design’ pada cawan Slurpee ni!
  • Cawan Slurpee mini (8oz) diperkenalkan pada 10 November 2008 untuk tempoh terhad.Kiranya masa ni, siapa yang ‘tak tahan’ sejuk tu memang akan pilih saiz ni sebab kuantiti dia tak banyak sangat, tapi tak sikit juga.
  • 7-Eleven menggunakan beg plastik terurai sebagai respon kepada perlindungan alam sekitar.Langkah yang patut mendapat pujian dan diikuti ramai bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar.
  • Hari 7-Eleven di Malaysia disambut pada 7 November (7/11), berlainan dengan tarikh lahir ‘rasmi’ pada 11 Julai (11/7).
    Kalau ikutkan, tarikh 7/11 lagi sesuai sebab format penulisan tarikh dekat Malaysia kita akan gunakan hari diikuti dengan bulan berbanding sesetengah yang gunakan bulan dahulu diikuti dengan hari.
  • Cawangan ke-1,600 dibuka di Publika Solaris pada 18 Jun 2014 dengan konsep serta ‘feel’ yang baharu dan lebih segar.Memang tak sangka, tetapi pembaharuan yang dilakukan ni buatkan 7-Eleven tampil lebih trendy!

Sebenarnya, bukan itu je. Ada banyak lagi fakta menarik tentang 7-Eleven Malaysia yang mungkin korang tak perasan, yelah sebab dah hari-hari masuk. Sebagai contoh, setiap cawangan kedai serbaneka ini mempunyai 2,500 jenis barangan (SKU) termasuklah menu-menu ikonik seperti Slurpee yang baru-baru ini dijenamakan semula, pelbagai perisa eksklusif soft serve dan banyak lagi.

Sekarang ni, kalau korang masuk 7-Eleven, ada lebih 200 SKU jenama kategori private label dengan harga lebih baik dan lebih berkualiti.

Sejak 2021, muncul pula 7CAFé dengan mengetengahkan standard serta penawaran lebih banyak pilihan makanan segar, perkhidmatan yang ditingkatkan dan juga pengalaman pelanggan yang tiada tandingan.

Dengan lebih daripada 300 cawangan 7CAFé dan pelancaran dapur komisori, apa yang pasti ia didedikasikan agar qualiti makanan serta kepelbagaian makanan Ready-To-Eat (RTE).

Meraikan Setiap Suapan

Lebih menarik, sempena ulang tahun ke 40 ini, 7-Eleven juga mengadakan kempen ‘Meraikan Setiap Suapan’ yang mana setiap makanan sedia di makan (RTE) ‘meraikan’ ulang tahun tersebutMana tidaknya, sepanjang setahun kebelakangan ini, 7-Eleven melancarkan pelbagai menu baharu RTE yang terdiri daripada 30 menu Sandwich, Onigiri serta pelbagai menu makanan RTE.

Kesemua ini diletakkan di bawah jenama 7CAFé oleh 7-Eleven dan hampir kesemuanya tersedia di lebih 750 rangkaian sama ada 7CAFé dan juga 7-Eleven yang mempunyai peti sejuk terbuka.

40Th Anniversary Mss Kv Fb Post 1200 X 1200

Ini bermakna, akan ada lebih daripada 30 SKU makanan RTE kesemua sekali dan lebih menarik kebanyakannya adalah menu tempatan seperti Nasi Goreng Belado, Nasi Ayam Nyonya,Nasi Goreng Kampung dan banyak lagi!

Kalau korang memang pelanggan setia 7-Eleven, pastinya korang ada aplikasi My7E yang kini telah mempunyai sebanyak 3 juta pengguna dan dari semasa menawarkan pelbagai tawaran serta ganjaran menarik buat semua pengguna.

Fa My7E Qr Tentcard 211022O

Sempena ulang tahun ke-40 ni, 7-Eleven ada beberapa tawaran menarik seperti diskaun sehingga 40% keatas produk-produk terpilih di seluruh negara selain korang juga berpeluang menangi sehingga RM100,000 dalam peraduan ‘7-Eleven x MyDebit Wave’.

Unnamed 51

Caranya mudah; korang hanya perlu berbelanja minimum RM15 dalam satu resit dan lakukan pembayaran menggunakan kad ATM korang bermula 1 Jun hingga 31 Ogos 2024 untuk menangi pelbagai hadiah menarik seperti di bawah :

Copy Of 7E Mydebit Ww 150524 Artboard 1 Copy 3

Tidak lupa juga, korang berpeluang untuk mendapatkan Tiffin Mangkuk Tingkat Edisi Terhad Ulang tahun Ke-40 7-Eleven. Untuk para collector, korang mesti teruja untuk dapatkan Tiffin Mangkuk Tingkat dengan rekaan elemen 7-Eleven ini.

40Th Anniversary Mss Kv Fb Post 1200 X 1200

Selain tumbler, korang juga boleh menebus Tiffin Mangkuk Tingkat unik dari 7CAFé dengan melengkapkan setem. Setiap perbelanjaan minima RM15 akan menerima 1 setem di aplikasi My7E.

Jadi, bermula dari 10 Jun hingga 5 Ogos 2024, korang boleh mula mengumpul, dan penebusan akan bermula dari 24 Jun hingga 11 Ogos 2024!

Memang lagi banyak la memori dengan 7-Eleven lepas ni…

Sumber: 7-Eleven
Sumber: 7-Eleven
Sumber: 7-Eleven
Sumber: 7-Eleven