
Korang ingat lagi tak peristiwa tsunami masa tahun 2004? Pilu rasa hati bila terkenang balik peristiwa ngeri ni…
Gempar bumi kuat mengakibatkan tsunami
GEMPAR! Kali ini di Sulawesi, Indonesia dikejutkan dengan gempa bumi yang kuat berukuran 7.7 skala Ritcher dan mengakibatkan tsunami yang besar di kawasan Pantai Palu.
Menurut video dari Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNBP) Indonesia, pada pukul 5.27 petang waktu Indonesia Timur, telah berlaku stunami setinggi 3 meter dan kira-kira 22 minit selepas tu gempa bumi kuat telah menggoncang wilayah Kota Palu dan Donggola, Sulawesi Tengah.
Menurut Kosmo Online , daripada bencana itu, seorang maut dan 10 lagi cedera dalam gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala Richter yang melanda Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia.
Lari selamatkan diri ketika solat jemaah
Dalam suasana kelam kabut akibat gempa bumi yang berlaku, viral di media sosial satu video yang menunjukkan umat islam sedang solat berjemaah di dalam sebuah masjid dan tiba-tiba gempa bumi berlaku.
Sumber: Facebook
Video menunjukkan hampir semua jemaah lari menyelamatkan diri dan tinggal beberapa sahaja yang masih meneruskan solat mereka. Allahu Akbar!
Ada jemaah yang masih meneruskan solat dan cuba memenuhi saf hadapan ketika jemaah lain sedang sibuk menyelamatkan diri. Kuat sungguh iman mereka ni. Kalau admin dekat situasi mereka, admin pun tak tahu nak buat apa, takut…
Semasa tsunami ni berlaku, ada juga yang sempat merakam video ombak besar yang datang dan di dalam video kelihatan semua penduduk lari menyelamatkan diri.
Sumber: Twitter
Admin doakan semoga semua mangsa dan rakyat Indonesia yang terlibat dalam becana alam ini kuat dan tabah serta diberi pelindungan oleh Allah S.W.T
Amin…
Baca: Salute! Walaupun Ditimpa Gempa Bumi, Mereka Tetap Berhemah