Dunia seolah-olah sudah tenat, hutan ditebang, sungai tercemar dan lebih parah, virus-virus baru muncul sehingga menyebabkan kematian kepada umat manusia. Dunia menjadi kelam kabut selepas tersebarnya virus Covid-19 dan yang lebih merisaukan, masih tiada penawar yang ditemui untuk merawat virus ini.
Terbaru, hotel yang dijadikan sebagai pusat kuarantin untuk pesakit Covid-19 telah roboh pada 7 Mac yang lepas. Menurut laporan, seramai 70 orang terperangkap di dalam bangunan hotel dan kerja-kerja menyelamat masih dijalankan sehingga ke hari ini.
Hotel setinggi lima tingkat itu dijadikan sebagai tempat kuarantin untuk menempatkan mereka yang terdedah dengan virus Covid-19 atau individu yang mempunyai hubungan bersama pesakit. Langkah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko penyebaran virus Covid-19 yang semakin hari semakin membimbangkan.
Sehingga ke laporan terkini, seramai 43 indiviud sudah berjaya diselamatkan dan masih tiada kemalangan jiwa yang direkodkan.
Bak kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga pula. Semoga semuanya selamat sahaja di sana!
BACA: “Ingatkan ‘Tuhan’ boleh selamatkan kamu?” – Netizen Kecam Lelaki Hina Kaabah Kosong Akibat COVID-19