Penduduk di sekitar Taman Cheras Perdana, Selangor gempar dengan penemuan sebuah bagasi berwarna biru yang diletakkan di tepi longkang besar pada pagi tadi.
Menurut laporan, bagasi berwarna biru berkenaan ditemukan dalam keadaan berkunci dan diikat menggunakan tali merah.
Bagasi itu mencurigakan penduduk setempat kerana mengeluarkan bau yang sangat busuk dengan lalat dan ulat kecil di sekelilingnya.
Artikel berkaitan: Parkir Hotel Berbau Busuk Macam Bangkai Lepas 3 Tahun Tidak Beroperasi, Rupanya…
Difahamkan, terdapat mayat yang disumbat di dalam bagasi berkenaan ekoran daripada bau busuk yang dikeluarkan.
Penduduk di Taman Cheras Perdana melaporkan penemuan sebuah bagasi yang mencurigakan di sebelah longkang besar pagi tadi. pic.twitter.com/8RRhckvgxe
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) December 10, 2024
Polis sahkan mayat seorang lelaki
Menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, mayat berulat itu disahkan sebagai seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ke 40-an namun identiti mayat itu masih belum dapat dikenal pasti.
“Mayat berkenaan ditemui orang awam dalam keadaan mencurigakan dan berbau busuk sekitar jam 11.45 pagi.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah ke lokasi kejadian bersama Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) sebelum mengesahkan bahawa satu beg bagasi berwarna biru yang dijumpai di lokasi, mengandungi mayat lelaki tanpa sebarang pengenalan diri,” katanya.
Susulan itu, polis memaklumkan mayat terbabit dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat yang dijangka dilakukan jam 9 pagi esok.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun.
Sumber: Harian Metro