in

Gempa Bumi Di Kundasang Awal Pagi Ini, Gegaran Turut Dirasai Hingga Ke Gunung Kinabalu!

Gempa Bumi Kundasang 2022

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal pagi tadi, sekitar jam 9.28, pihak Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan berlakunya gempa bumi kecil berskala 3.7 magnitud di Kundasang dan difahamkan ia berlaku pada kedalaman 10km.

Gegaran susulan kejadian gempa bumi yang berukuran 3.7 magnitud tersebut difahamkan bukan sahaja dirasai oleh penduduk setempat malah turut dirasai oleh pendaki-pendaki di Gunung Kinabalu.


Menurut salah seorang jurupandu Joeythine Musin, dia bersama sekumpulan pendaki sedang menuruni puncak Kinabalu apabila tiba-tiba berlakunya gegaran. Tambahnya, dia dan kumpulan tersebut bernasib baik kerana gempa yang berlaku adalah lemah dan gegarannya di puncak Kinabalu tidak disusuli dengan runtuhan batu.

“Saya sedang turun dari puncak bersama pendaki lain dan kami merasakan gegaran tersebut, tapi tiada batu yang jatuh”

Ling Tang Xjuhald9Ho4 Unsplash

Perkara tersebut dilaporkan oleh Selangor Journal yang kemudiannya berjaya menghubungi ketua substesyen Panabalan di Taman Kinabalu dan menurutnya situasi di salah satu chekpoint iaitu Sayat-Sayat dan di kompleks di Panabalan berada dalam keadaan terkawal susulan daripada gempa terbabit.

Tambahnya lagi, sekitar 104 orang pendaki dijadualkan untuk mendaki puncak tertinggi di Malaysia tersebut hari ini manakala 110 orang telah berjaya menawan gunung tersebut semalam.

3E66794Fb409Cc7544F5D9C48412Dca6

Menceritakan tentang kejadian gempa tersebut, temubual Selangor Journal berjaya mendapatkan beberapa orang tempatan dan daripada apa yang diceritakan, gegaran dapat dirasai untuk beberapa saat.

Menurut Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sabah, tiada panggilan kecemasan diterima walaupun terdapat gegaran yang berlaku.

Baca : “Jarang-jarang berlaku” – Ramai Teruja Lihat Video Salji Turun di Gunung Kinabalu

Snowing In Kinabalu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.