Kerajaan negeri Melaka telah menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk’ terhadap Nasiruddin bin Mohd Ali yang telah dianugerahkan pada 25 Ogos 2024 lalu, penarikan itu dikuatkuasakan serta merta.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa arahan itu dibuat Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam selepas mendapat nasihat Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Artikel berkaitan : Ummu Atiyah Ambil Masa 30 Minit Tunjuk Lokasi Dikurung Di Perkampungan GISBH
Artikel berkaitan : Masih Amalkan Aurad Muhammadiah, Pahang Fatwakan GISBH Sesat
Berikutan itu, nama Nasiruddin telah dikeluarkan daripada Senarai Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2024.
“Penarikan balik Darjah Kebesaran ini selaras dengan kuasa prerogatif Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam Perkara 34B, Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Melaka. Oleh yang demikian, Encik Nasiruddin bin Mohd Ali tidak dibenarkan menggunakan gelaran tersebut.”
Atas penarikan itu, Nasiruddin juga diarah untuk memulangkan semula darjah kebesaran itu kepada Pejabat Seriausaha Kerajaan Negeri Melaka.
Sebelum ini, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil dilaporkan berkata, Jawatankuasa Fatwa Melaka yang bermesyuarat pada 3 Oktober, memfatwakan ajaran dan amalan dalam GISBH adalah sesat.
Menurut beliau, ajaran dan amalan dalam GISBH ada ciri persamaan dengan elemen berkaitan ajaran Al-Arqam yang difatwakan haram pada 1994 dan Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd (SRC) yang difatwakan haram pada 2007.
Sumber : Berita Harian, Facebook