in

Gara-gara Skill Mekap Ala Diva di Instagram, Budak Lelaki 12 Tahun Mampu Beli Rumah Untuk Family

Nespray

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Uish dah macam geng Sajat dan Safiey Ilias budak ni!

Baru-baru ni, viral di media sosial tentang seorang budak lelaki berusia 12 tahun berasal dari Thailand yang ada make up skill hebat serta pandai bergaya macam retis-retis diva di red carpet. Amboi! 


Lagi best menurut Nextshark, budak ini bukan saja-saja je bergaya macam tu untuk isi masa lapang. Dia kini dah jadi instafemes sampai boleh beli sebuah rumah untuk keluarga dia. Fuh gilalah!

1 29

D 6
sumber: nextshark

 

Asal curi-curi main mekap emak, sekarang dah satu level dengan make up artist terkenal dalam industri 

Nes yang kini baru bersekolah rendah mula berjinak dalam dunia solekan apabila dia suka bermain dengan alat mekap ibunya pada usia yang sangat muda. Tapi siapa sangka, benda yang disangka ‘main-main’ macam bawa tuah pulak kepada Nes lepas skill make up dia boleh dikatakan sama level dengan make up artist terkenal.

Tengok haa macam mana dia make up. Bukan main! 

https://www.instagram.com/p/BpePjapgdHA/?utm_source=ig_embed

G 2
sumber: instagram
Nes 1
sumber: instagram

Macam manapun, kejayaan ni tak mungkinlah dapat dicapai Nes tanpa sokongan dan dorongan ibu bapanya yang sentiasa bantu Nes untuk nampak da bomb setiap kali dia melaram di Instagram. Kemain… mak bapak pun support.

 

Jadi selebriti sekelip mata, kini sudah ada 200,000 pengikut Instagram

Bakatnya yang menyerlah daripada skill menggayakan pakaian dan menatarias wajah telah membuatkan ramai pengguna Instagram terpesona dan sekaligus dia jadi selebriti terkenal di Thailand. Semasa artikel ini ditulis, followers Nes dah mencecah lebih 200,000 orang. 

Disebabkan itu, berpusu-pusu brand kosmetik yang nak jadikan Nes ni model atau duta. Tapi mujurlah juga Nes ni tak lupa diri. Dengan wang yang dia miliki, Nes belikan keluarganya sebuah rumah baru.

A 10
sumber: instagram
Nes 2
sumber: instagram
H 2
sumber: instagram

 

Diusik rakan sekelas kerana sering pakai dress wanita 

Kalau kita rasa kat Malaysia je orang benci mereka yang suka pakai pakaian wanita ni (sebab benda ni berdosa untuk orang Islam dan bagi budak 12 tahun memang sangat tak digalakkan buat perkara macam ni), kat Thailand pun sama jugak sebab kebanyakan budak kat sekolah Nes memang suka ejek dia kerana bergaya macam orang perempuan.

Nes 4
sumber: instagram

Pun begitu, Nes macam tak kisah dan namanya bukan saja terkenal di Thailand tapi serata dunia sampai pernah dijemput untuk hadiri majlis berprestij di China.

6 8
sumber: instagram
3 18
sumber: instagram

Pun begitu, diharapkan walau apapun yang budak ni nak jadi dewasa nanti, janganlah cepat lupa diri dan tinggalkan pelajaran untuk masa depan yang glamour macam ni.

Kalau kat Malaysia ni, habis dah budak ni kena kecam! So korang kat luar sana jangan ikut jejak langkah Nes tapi ikut perangai Nes yang tak lokek bantu ibu bapanya sampai mampu beli banglo untuk keluarga. 

Baca: Safiey Nak Jadi Inspirasi Wanita

Safiey

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.