in

Gara-gara ‘Sign’ Gabenor Baru, Peniaga Tak Nak Terima Duit Baru?

Syaz Ft 2024 06 10T153615.525

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak perkara baharu memerlukan kebiasaan, contohnya jika ada pelaksanaan undang-undang atau sistem yang baru, kita mesti mengambil masa untuk mempelajarinya.

Begitulah yang terjadi kepada seorang peniaga kedai yang teragak-agak untuk mengambil wang kertas RM50 kerana terdapat tandatangan Gabenor Bank Negara baru iaitu Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.


Artikel berkaitan: “Tak mampu bayar sewa?” –  Suami Bunga Citra Lestari Didakwa ‘Songlap’ Wang Syarikat RM 1.7 Juta

Artikel berkaitan: “Bukan pertama kali” –  Les’ Copaque Tidak Bimbang ‘Hasutan’ Gabenor Bali

Menurut laporan Sinar Harian, perkara itu dikongsikan seorang pengguna Facebook menerusi group, Kuala Terengganu Residen yang mendakwa pemilik kedai enggan menerima wang tersebut kerana ia dianggap palsu.

2682273

“Duit ini duit betul ke tidak. Sebab beli barang kat sebuah kedai ni.

Pemilik kedai tak nak ambil duit itu sebab dia kata tandatangan pada wang kertas tu, dia tak pernah tengok,” tulisnya.

Sebagai info, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berkuat kuasa 1 Julai 2023.

Pelantikan Abdul Rasheed itu adalah setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun sehingga 30 Jun 2028.

Beliau mengambil alih jawatan Gabenor daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang menyempurnakan tempoh lima tahunnya pada 30 Jun 2023.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.