Siapa je yang tak kenal dengan Angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar ni? Korang yang rajin follow dan tengok update dia di media sosial mesti suka dengan cara dia didik anak-anaknya dan tips-tips yang dikongsikan.
Macam yang korang semua tahu, Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr Harlina telah dikurniakan enam orang cahaya mata di mana empat daripadanya adalah anak kembar.
Baru-baru ini, menerusi perkongsian di Facebook peribadinya, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu bahawa dia memang suka dengan keluarga besar dan tak menutup hasratnya untuk memiliki lebih ramai anak.
Namun begitu, menurut angkasawan ini sebelum dia mahu memiliki lebih ramai lagi anak, dia perlu meyakinkan isterinya dulu lebih-lebih lagi Dr Harlina yang akan mengandung dan melahirkan.
Ini adalah beberapa tips untuk para ayah yang nak yakinkan isterinya untuk ada anak ramai.”
1. Saya uruskan semua benda, awak rehat je
2. Awak tetap nampak cantik walaupun ada enam orang anak
3. Tak nak ke tengok lagi anak-anak yang cantik ni?
4. Dorang akan jaga kita bila kita dah tua
5. Awak takkan rasa sunyi nanti
6. Suasana huru-hara akan buatkan awak sentiasa muda
7. Sunnah untuk ramaikan Ummah
8. Jom pergi shopping dan beli apa yang awak nak
9. Lagi ramai lagi meriah
10. Kita akan tua bersama hingga ke Jannah dan saya akan sayangkan awak sehingga akhir hayat tak kira apa pun keputusan awak.
“So sweet”
Rata-rata netizen di ruangan komennya telah mengatakan yang perkongsian Dr Sheikh Muszaphar ini sangat sweet dan ada beberapa tips ini yang boleh mencairkan hati ramai isteri.
“Toksik”
Bagaimanapun di Twitter lain pula ceritanya… Rata-rata netizen di sini merasakan perkongsian angkasawan ini seperti memanipulasikan isterinya serta toksik. Bukan itu sahaja, mereka juga merasakan idea untuk membiarkan anak-anak jaga ibu bapa bila dah tua hanya akan membebankan anak kelak. Ah pulak dah…
Tapi takpelah, korang kena faham yang Dr Sheikh Muszaphar ni memang mampu nak ada anak. So kita janganlah judge dia.
Baca: Selalu Dapat Nombor 1 – Raih 10A, Ini ‘Rahsia’ Kejayaan Anak-anak Dr Sheikh Muszaphar