Kemboja menarik diri sepenuhnya daripada Sukan SEA 2025 hari ini, ia dipercayai berikutan dengan konflik sempadan dengan tuan rumah, Thailand kembali memuncak hingga mencetuskan pemindahan besar-besaran penduduk dari kedua-dua garisan pertikaian.
Dalam konflik tersebut, sekurang-kurangnya 11 anggota tentera dan orang awam terkorban di kedua-dua belah pihak ketika pertempuran, yang mana menggagalkan gencatan senjata yang ditaja Amerika Syarikat (AS).
Artikel berkaitan : Trump Puji Peranan Malaysia Sebagai Perantara Rundingan Damai Thailand-Kemboja
Artikel berkaitan : Tuang Air Atas Kepala Pekerja & M*ki Pramugari, Lelaki Kemboja Didakwa
Kemboja sebelum ini sudah menarik diri daripada 8 acara temasya yang dianjurkan oleh Thailand dengan Ketua Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan negara itu, Vath Chamroeun memberi alasan faktor “keselamatan”.
Namun, hari ini pegawai kanan Sukan SEA, Akarin Hiranprueck telah mengesahkan bahawa Kemboja tidak lagi mengambil bahagian dalam acara sukan itu, katanya kepada sumber, “Kemboja sudah menarik diri”.

Sukan SEA tahun ini berlangsung hingga 20 Disember di Bangkok dan wilayah pantai berdekatan Chonburi, membabitkan ribuan atlet Asia Tenggara dalam pelbagai acara termasuk bola sepak, lawan pedang, papan luncur, pelayaran dan sukan tempur.
Bagaimanapun, disebabkan pertempuran terbaru yang berlaku di antara Thailand dan Kemboja berhubung pertikaian sempadan lama pada minggu ini telah menenggelamkan temasya sukan itu.
Keselamatan turut diperketat dalam upacara pembukaan di Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok malam tadi, yang dihadiri kerabat diraja Thailand dan menampilkan idola K-Pop Thailand, BamBam.
Sumber : Berita Harian
