Penyanyi dan pelakon, Mark Adam mencuri perhatian ramai sejak belakangan ini selepas tular mengenai harga jualan sate yang diusahakannya.
Ia susulan harga set ‘Sate Bhalut’ iaitu 3 cucuk sate yang dibalut dengan kulit popia dijual bermula RM19.90 sehingga RM24.90.
Justeru, pelantun lagu Pencuri itu tampil mempertahankan harga jualan tersebut dengan berkongsi kira-kira kos modal bagi sate tersebut.
Artikel berkaitan: Ramai Pertikai Harga 3 Cucuk Sate RM21.90 Satu Set, Mark Adam Tampil Beri Penjelasan
Popia sate ini jadi perhatian ramai
Susulan kekecohan isu Sate Bhalut Mark Adam, netizen berkongsi inovasi sate berbalut popia ini juga dijual oleh salah sebuah restoran sate terkemuka di sini.
Menerusi satu perkongsian video tular di TikTok, popia sate ini turut dijual di restoran Sate Kajang Hj Samuri.
Dalam video tersebut, dipaparkan popia sate yang dijual untuk 5 pcs ayam berharga RM4.00 manakala 5 pcs daging berharga RM5.00.
“Kalau nak merasa sate balut dengan kulit popia, cari je kat Sate Kajang Hj Samuri,” tulis pengguna TikTok.
@norsyiellaannuar Sate Bhalut Mark Adam tu bukan mahal cuma kau je yang tak ada duit ?? #sataybhalut #markadam #foodies #viraltiktok
Perkongsian video itu telah meraih perhatian ramai sehingga video TikTok Sate Kajang Hj Samuri juga menjadi sorotan gara-gara isu ini.
Meninjau ke ruangan komen, ada yang berkongsi sudah pernah merasai popia sate ini dan ada yang ingin membelinya selepas isu tular tersebut.
Apapun, kuasa membeli di tangan sendiri. Setiap peniaga pasti ada keunikan tersendiri dalam produk jualannya.
Sumber: TikTok