in

Gara-gara ‘Cuba Nasib’ Nak Masuk Genting Highlands Dari KL, 12 Individu Dikompaun RM5,000 Seorang

Collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kerajaan mengumumkan Selangor dan Kuala Lumpur kini boleh beralih ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), ramai yang mula teruja untuk keluar dari rumah dan ada juga beberapa individu yang ambil kesempatan untuk cuba merentas negeri.

Baru-baru ini, 12 individu telah dikompaun oleh pihak polis selepas cuba nasib untuk rentas negeri dan cuba masuk ke Genting Highlands.


Dalam kenyataan di Facebook yang dikeluarkan oleh Ketua Polis daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar, pada 15 September lalu, satu pasukan polis di bawah IPD Bentong telah membuat Op Covid-19 di KM17 Kee Sang di Genting Highlands, Pahang.

Hasil dari operasi tersebut, seramai 10 lelaki dan dua wanita berusia 20 ke 58 tahun telah dikompaun RM5,000 seorang kerana melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2349686755166757&id=980645302070916

Selepas pemeriksaan dijalankan, 12 individu telah didenda kerana gagal mengemukakan permit kebenaran rentas negari yang sah dari PDRM.”

Menurut Zaiham lagi, kesemua 12 individu yang dikompaun ini adalah dari Kuala Lumpur dan cuba membuat perjalanan ke Genting Highlands.

Kompaun yang dikeluarkan ini adalah berdasarkan Peraturan 17 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Berjangkit (No 2) 2021.

Selain itu, Zaiham turut memberi peringatan bahawa pihak polis akan terus mengambil tindakan tegas terhadap individu yang tidak mematuhi dan leka dengan SOP yang ditetapkan olej Majlis Keselamatan Negara.

 

Baca: “Cuba rentas negeri naik teksi” – Lelaki Bangladesh Dipenjara 2 Tahun, Denda RM12,000 Sebab Cuba Rasuah Polis Ketika Ditahan di ‘Roadblock’

Screenshot 2021 09 17 At 1.09.08 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.