in

Gara-gara Catat 9 Kes Omicron, PM New Zealand Jacinda Ardern Batalkan Majlis Kahwinnya Sendiri

jacinda batal perkahwinan kerana omicron

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita semua sedia maklum, New Zealand adalah antara negara yang terbaik dan paling ketat dalam menjaga SOP COVID 19 sehinggakan ia mendapat pujian daripada negara-negara lain kerana mencatatkan jumlah kes yang sangat rendah.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, negara tersebut terpaksa diletakkan dalam ‘red alert‘ selepas 9 kes COVID 19 varian Omicron dicatatkan sehingga Perdana Menteri negara berkenaan, Jacinda Ardern terpaksa membatalkan majlis perkahwinannya sendiri. Aduhai… 


26296727b55764ba2740e7fc7c8c9a1a

Menurut Yahoo! News, Ardern mengumumkan peraturan lebih ketat bagi menangani peningkatan kes COVID 19 disebabkan penularan pantas varian Omicron.

Dia juga telah memperincikan perlaksaaan sekatan baharu termasuklah mengehadkan hanya 100 individu yang lengkap vaksin bagi satu-satu acara majlis.

Perkahwinan saya tidak akan diteruskan. Saya baru sahaja mengikuti jejak langkah warga New Zealand lain yang pernah mengalami pengalaman yang sama akibat wabak ini. 

“Kepada sesiapa yang terperangkap dalam senario itu, saya minta maaf,” katanya.

Sebelum ini, Ardern dan pasangannya, Clarke Gayford tak pernah umumkan tarikh sebenar perkahwinan mereka, namun dipercayai ia dijadualkan akan berlangsung dalam beberapa minggu lagi.

eight col jacinda screen grab

“Saya tiada beza dengan beribu-ribu rakyat New Zealand yang lain yang mempunyai kesan yang lebih dahsyat akibat wabak itu. 

“Paling menyedihkan apabila kadang-kadang kita tidak berupaya bersama orang yang disayangi terutamanya ketika mereka sedang sakit tenat. 

“Itu lebih jauh menyedihkan berbanding kesedihan yang saya alami (kerana tidak dapat melangsungkan perkahwinan),” ujar Ardern lagi.

Sembilan kes Omicron yang dicatatkan di New Zealand itu katanya berpunca daripada sebuah keluarga yang mengembara antara bandar untuk hadiri majlis perkahwinan dan jangkitan itu juga membabitkan seorang pramugari di pesawat yang dinaiki.

Di bawah peraturan baharu yang berkuat kuasa akhir bulan depan, pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan kedai juga akan diwajibkan.

Sejak pandemik melanda dunia, New Zealand telah mencatatkan 15,104 kes dengan 52 kematian.

Harap-harap kes Omicron tidak meningkat pula di Malaysia. Penat dah nak lockdown kan? 

Baca: Pakar Saran Buat Ujian Kendiri Covid-19 Tiga Hari Berturut-turut Untuk Kesan Omicron

omicron

Sumber: Yahoo! News
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.