in

“Ganti dialog lain yang tak diucapkan di rakaman asal adalah mustahil” – Namron Ulas Video Agus & Wahab

Namron Dakwa Video Agus Wahab Mustahil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan pengarah terkenal, Namron mempersoalkan dakwaan Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab berhubung video perbualan bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff yang tular baru-baru ini.

Dalam sidang media pada Jumaat, Abdul Wahab mendakwa kandungan audio di dalam video tersebut adalah palsu dan direka kerana telah disunting mengunakan teknik voice over.


Bagaimanapun, menurut Namron, dakwaan itu meragukan kerana tindakan menggantikan dialog lain yang tidak diucap dalam rakaman asal adalah satu perkara yang mustahil untuk dilakukan.

Artikel berkaitan: Mohammad Agus sudah tiada kaitan dengan kerajaan & J-KOM – Fahmi Fadzil

D391638A 636B 47Fe 8970 8F7D0F7Acbcb

“Menggantikan dialog lain yang tidak seperti diucapkan di rakaman asal adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan kerana gerak bibir tidak selari dengan ucapan,” tulisnya di Facebook.

Katanya, teknik voice over seperti didakwa Wahab memang antara teknik yang boleh digunakan namun ia hanya digunakan dalam imej berlainan dan bukan imej yang sama.

“Sebagai contoh, watak lelaki bernama Gajus menelepon seorang lelaki muda untuk mengajaknya melakukan hubungan songsang. Pengarah ingin mengubah atau menambah dialog Gajus.

“Apa yang perlu dilakukan adalah menukar syot Gajus kepada syot lelaki muda dan memasukkan dialog baharu di syot ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Namron menasihatkan, sebelum membuat sesuatu kenyataan perlu merujuk dahulu dengan orang yang tahu tentang selok belok suntingan.

Terdahulu, tular video Wahab dan Agus sedang melakukan panggilan video yang memaparkan bekas Pengerusi J-KOM itu mengucapkan perkataan jelik.

Bagaimanapun, mereka menafikan berbual tidak senonoh sambil menyatakan bahawa hubungan mereka seperti ayah dengan anak.

Manakala Agus mendakwa video tersebut ditularkan pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya.

Sumber: Facebook, Utusan

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.