Ingatkan selepas musim Covid-19 reda sedikit ini, dapatlah peniaga menarik nafas lega dapat berniaga seperti biasa kerana tiada halangan dari segi SOP dan sebagainya.
Namun video yang tular di TikTok baru-baru ini menimbulkan rasa tidak puas hati netizen apabila seorang penjual nasi lemak didakwa telah di’sound’ oleh seorang lelaki yang bergelar ‘abang kawasan’ kerana berniaga di sebuah kawasan.
“Kau nak jual lagi ke kat sini?”
Menerusi video itu, dapat dilihat seorang lelaki menegur seorang wanita gara-gara menjual nasi lemak di kawasan tersebut.
Apabila wanita itu bertanya sama ada dia boleh berniaga di situ lagi atau tidak, lelaki itu naik angin dan bertanya kembali,
Kau nak jual lagi ke kat sini? Kau nak datang lagi?”
https://www.tiktok.com/@bukan_manusia9669/video/7124906597393992987?_t=8ULciI1SpYA&_r=1
Lelaki itu kemudian memberitahu yang dia mengenali anggota polis yang berpangkat tinggi dan mengugut wanita itu jika ingin berniaga di situ lagi.
Meskipun wanita itu berkata yang dia masih ingin berniaga di situ, lelaki tersebut berkata bahawa dia sudah memberi amaran jika ada perkara yang tak diingini bakal berlaku nanti.
“Tabikk… tenang je adik ni menjawab”
Video tersebut mendapat pelbagai respon netizen mana rata-rata sakit hati melihat perangai lelaki yang bergelar ‘abang kawasan’ tersebut dan salute dengan kakak berkenaan yang tenang semasa berhadapan dengan situasi itu.
Menerut info dari netizen, lelaki itu walau bagaimanapun sudah ditahan oleh pihak polis selepas video ini viral.
Haih macam-macam ye, cubalah cari kerja yang berfaedah sikit dari jadi abang long kawasan ni. Kan dah kena tangkap.
Baca: “Siap ugut lagi” – [VIDEO] Lelaki Mengamuk Lepas Kena Tegur Kencing Depan Sekolah