in

Gandingan Beregu Campuran Badminton Negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Akan Dipisahkan – BAM

beregu campuran badminton negara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan beregu campuran badminton negara iaitu Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei akan dipisahkan untuk kejohanan-kejohanan badminton yang akan datang.

Perkara ini telah dimaklumkan sendiri oleh pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi Facebook rasmi BAM, lapor BERNAMA.


1 4

Artikel Berkaitan: Aaron Chia & Soh Wooi Yik Tepis Dakwaan ‘Demand’ Gaji RM 2 Juta Dari BAM

Artikel berkaitan: Raih Pencapaian Membanggakan Di Olimpik Paris, Zii Jia & Aaron Chia-Wooi Yik Dapat Habuan Kereta!

Difahamkan, pihak BAM membuat keputusan tersebut setelah mendapatkan cadangan daripada panel kejurulatihan,

Pihak BAM juga bersetuju untuk memberi masa untuk jurulatih mencuba gandingan beregu campuran baharu.

3 5

Memetik laporan New Straits Times, selepas dipisahkan, pemain badminton, Chan Wen Tse akan menjadi gandingan baru buat Tang Jie manakala Ee Wei pula akan digandingkan dengan Loo Bing Kun.

Untuk makluman semua, pasangan beregu campuran tersebut baru-baru ini dilaporkan mengalami ketegangan bermula dari temasya Olimpik Paris 2024 pada tahun lalu selepas mereka tersingkir di suku akhir.

Sumber: BERNAMA, New Straits Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.