Korang yang bela kucing ni mesti tahu kan betapa busuknya bau kencing dan tahi dorang? Cuba bayangkan kalau tak bersihkan najis binatang yang korang bela selama beberapa tahun, apa yang jadi?
Perasaan yang sama perlu dilalui oleh pihak berkuasa apabila mereka buka pintu rumah seorang wanita yang dipenuhi dengan najis kucing dan anjing belaannya. Macam mana dia boleh tinggal dalam rumah macam ni?
Menurut Mirror, Jenny Johnson terkejut apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 12 minggu dan diharamkan untuk membela apa-apa haiwan lagi selepas ini.
Mana taknya, semasa pegawai kesihatan menjejakkan kaki ke dalam rumah Jenny, mereka telah disambut dengan bau yang sangat memualkan beserta lambakan tahi dan air kencing di ruang tamu dan di meja dapur. Korang tengoklah gambar keadaan rumah Jenny ni, eew! Jijik betul.



Hakim mahkamah, Phillip Hickson menyelar Jenny dengan mengatakan ini adalah kes paling teruk yang pernah dia lihat.
Jenny yang tinggal bersendirian dan perlu berjalan menggunakan tongkat ini telah mengaku bersalah kerana menyebabkan penyeksaan terhadap anjing dan kucing belaannya dengan membenarkan haiwan malang ini tinggal dalam persekitaran yang kotor.
Kerana kegagalan dia untuk membersihkan rumahnya, dia telah membiarkan anjing dan kucingnya untuk tinggal bersama tahi dan air kencing mereka sendiri.
Wanita ini juga mengaku bersalah kerana tak dapat menyediakan tempat yang baik untuk haiwan-haiwannya serta gagal melindungi mereka dari penyakit, kecederaan dan kesakitan. Memang patut pun lah kena masuk penjara kalau dah seksa binatang macam ni.
Kalau korang nak tahu, menurut pihak pendakwa raya, kehidupan jijik Jenny ni terbongkar apabila dia enggan membuka pintu apabila tuan rumah ingin memeriksa keadaaan tempat tinggalnya itu
“Tuan rumah telah menyewa rumah ini kepada Jenny tiga tahun lalu. Tuan rumah ingin periksa keadaan Jenny dan dua haiwan belaannya ini.
“Tapi, apabila Jenny tak buka pintu bila diketuk, (kerana dia tak ada di rumah) tuan rumah ini syak ada sesuatu berlaku jadi dia telah menggunakan haknya untuk masuk ke dalam rumah bersama pihak berkuasa.
“Apabila pintu dibuka, anjing yang berada di dalam rumah keluar dan mereka terhidu bau busuk hingga pegawai yang turut hadir hampir termuntah.
“Apabila mereka masuk, mereka melihat lambakan tahi dan air kencing yang baru dan lama di sekitar kawasan rumah dan di atas kaunter dapur.
“Selepas melihat keadaan rumah ini, Jenny diberikan masa untuk membersihkan rumahnya tapi tak ada apa-apa perubahan.
“Sofa di rumah wanita ini juga telah dicakar hingga koyak. Perbuatan ini biasanya konsisten dengan anjing yang dibiarkan tinggal terlalu lama dalam satu tempat.
“Anjing tersebut agak kuat dan mungkin kerana masalah Jenny yang perlu berjalan menggunakan tongkat menyebabkan dia sukar untuk membawa anjing ini keluar berjalan.”
Anjing dan kucing ini telah dirampas semasa serbuan dilakukan dan mereka kini akan diberikan rumah baru untuk didiami.
Pihak pegawai kesihatan telah membersihkan rumah tersebut dan kos pembersihan sebanyak £450 (RM2416) ini perlu dibayar Jenny.
Mahkamah juga mendedahkan yang Jenny pernah terlibat dalam kes yang sama pada tahun 2014 dan ketika itu premis tersebut dibersihkan dan dia dibenarkan untuk menyimpan anjingnya.
Jenny telah menjalani ujian kesihatan mental dan keputusan menunjukkan bahawa dia mempunyai keupayaan untuk bertanggungjawab atas tindakannya.
Ha, siapa yang malas nak bersihkan najis haiwan peliharaan tu, hati-hati lah ya, sebab ia dikira sebagai kes penderaan haiwan tau. Silap-silap korang pun boleh kena penjara jugak.