Ancaman dari haiwan liar bukanlah sesuatu yang baru, perkara ini terjadi apabila terdapat penerokaan hutan atau dengan kata lain haiwan-haiwan ini mengganas bilamana habitat mereka diganggu.
Baru-baru ini, sebuah video tular di Twitter yang memaparkan seekor gajah liar dilihat memecahkan tingkap sebuah rumah dan dipercayai ingin mencuri makanan.
Tiga pekerja ladang berdepan detik cemas apabila seekor gajah liar bergading bertindak merosakkan dan memecahkan tingkap kaca bahagian dapur rumah mereka di Aring 8, Gua Musang, Kelantan pada 4 pagi Ahad lepas.
🎥 Ihsan penyelia ladang pic.twitter.com/o2LvXyAB6Y
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 10, 2023
Menurut tweet Bernama, ‘pencerobohan’ gajah tersebut berlaku di Aring 8, Gua Musang, Kelantan dan ia berlaku kira-kira jam 4 pagi.
Difahamkan, rumah berkenaan merupakan rumah peladang, ketiga-tiga lelaki yang berada dalam rumah tersebut menghadapi situasi cemas itu dan cuma menghalau mamalia gergasi itu dengan menyalakan ubat nyamuk.
“Mungkin dia cari makanan”
Walaupun ramai yang tertanya-tanya mengapa individu berkenaan cuba menghalau gajah tersebut dengan menyalakan ubat nyamuk, namun ramai juga yang beranggapan mamalia tersebut kelihatan sangat terdesak dan kelaparan.
Ada juga yang mengatakan gajah tersebut tersesat dan disebabkan itu ia menceroboh rumah ladang berkenaan.
Sebelum ini, di Lipis, Pahang seorang remaja lelaki Orang Asli maut dipercayai akibat dipijak gajah liar di Kampung Tual, Pos Sinderut.
Insiden serangan haiwan liar ini sering dikaitkan dengan pembangunan serta penerokaan hutan yang tidak terancang.
Baca: “Haiwan boleh tahu” – Orang Ramai Kaitkan Gajah Naik Ke Tempat Tinggi Dengan Kemungkinan Banjir?