in

Gagal Patuhi Syarat ‘3/4 Tangki Penuh’, 55 Kenderaan Berpatah Balik Di Checkpoint Singapura – Malaysia

Peraturan Minyak Singapura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak pembukaan sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Singapura, terdapat pelbagai gelagat pemandu ‘disana’ yang telah membuat beberapa kesalahan di sini seperti membawa kenderaan dengan laju, mengisi minyak bersubsidi dan lain-lain.

Rupa-rupanya, bukan disini sahaja mereka-mereka ini bermasalah. Menurut laporan agensi berita CNA, terdapat sekurang-kurangnya 55 buah kenderaan telah diarahkan untuk berpatah balik sejak pembukaan sempadan pada 1 April hingga Ahad lalu.


Difahamkan, kenderaan-kenderaan tersebut gagal mematuhi syarat yang dikenakan oleh pihak kastam Singapura iaitu ‘peraturan tangki tiga suku’.

277772729 5063543737037498 6349696991213804325 n

Di bawah Akta Kastam 1960, kenderaan yang didaftarkan di Singapura dikehendaki mempunyai jumlah minimum bahan api kenderaan (sekurang-kurangnya tiga perempat daripada tangki) apabila meninggalkan Singapura melalui pusat pemeriksaan darat. Ini biasanya dirujuk sebagai “peraturan tangki tiga suku”.

Sekiranya gagal mematuhi peraturan tersebut, pemandu bakal dikenakan kompaun sehingga SGD500 (sekitar RM1553) atau bakal dihadapkan ke mahkamah.

lwxwoodsland250917

Sungguhpun begitu, pemandu-pemandu ini mempunyai satu ‘talian hayat’ sekiranya didapati bersalah iaitu diarahkan berpatah balik dengan membuat pusingan-U pada pusat pemeriksaan kastam terakhir sebelum keluar dari Singapura.

Dalam masa yang sama, peraturan ‘tangki tiga suku penuh’ ini difahamkan untuk mengelakkan kenderaan-kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran Singapura mengisi minyak di Malaysia.

Baca : “Boleh kena denda ni” – Netizen Bengang Rakyat Singapura Isi Minyak RON 95 Di Johor

Untitled design 2022 04 04T102443.727

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.