in

Gadis ‘Throwback’ Bibit Pertemuan Dengan Bakal Suami, Tiba-Tiba Ramai Mahu Dilanggar Jodoh Juga

cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat mereka yang biasa menonton drama bertemakan cinta, pasti anda pernah menonton babak di mana hero bertemu heroin dalam pelbagai situasi yang unik. Ada yang bercinta dengan doktor yang merawat, dan ada juga bercinta dengan musuh di tempat kerja.

Turut mempunyai cara pertemuan yang unik, seorang gadis ada berkongsikan bibit-bibit pertemuan dia dan bakal suami yang menarik perhatian ramai.


Kena langgar dengan skuter

Menerusi satu ciapan, seorang gadis menarik perhatian ramai apabila dia berkongsikan cara pertemuan bersama tunang yang seolah-olah satu babak yang dipotong dalam drama Korea. Memang manis habis!

Ingatkan lepas kena langgar dia nak mintak maaf je, rupanya dia hantar rombongan meminang sekali,” tulis gadis itu.

https://twitter.com/nxjwanasir/status/1583409585158705153

Jelas gadis ini, ketika itu dia berada di sebuah taman sebelum dilanggar oleh seorang lelaki yang sedang bermain skuter. Rasa bersalah kerana terlanggar gadis ini, lelaki tersebut minta nombor telefon gadis ini untuk membawanya ke klinik jika berlaku apa-apa kecederaan.

Dia minta sebab handle skuter kena tangan I, nak bawa ke klinik katanya. I dah cakap takpa. Taktik tu taktik,” tulis gadis ini secara berseoloroh.

Gadis ini turut berkongsi satu gambar tangkap layar perbualan mereka berdua. Menerusi tangkap layar itu, lelaki itu dilihat mengajak gadis ini keluar minum sebagai ganti rugi kerana terlanggar menggunakan skuter pada tempoh hari.

1

Ramai warganet mahu dilanggar juga

Perkongsian gadis ini yang pada mulanya dilanggar, dan kini sudah bertunang dengan lelaki yang melanggarnya itu ternyata menarik perhatian ramai warganet.

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata wanita bertanyakan jika ada mana-mana lelaki kacak yang mahu melanggar mereka. Buat kaum lelaki pula, rata-ratanya bertanyakan jika ada wanita yang boleh dilanggar. Macam-macam hal!

a

b

c

d

e

Apa-apa pun, jangan pula ada yang sengaja melanggar orang lain dengan harapan itu jodoh korang ya!

Kredit: Twitter @nxjwanasir

BACA: Model Ukraine Luah Susah Cari Jodoh, Hanya Cashier KFC Yang Masih ‘Solo’ Di Sana

cats 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.