Zaman sekarang, memang kena berhati-hati dengan semua orang. Bukan hanya dengan orang yang tak dikenali tetapi juga dengan orang-orang di sekeliling yang kita kenali.
Baru-baru ini seorang pelajar dari sebuah universiti tempatan di Taiwan telah dilayan dengan buruk oleh rakan yang dikenalinya sewaktu kecil.
Gadis bernama Jiang itu telah berjumpa rakan kelas sewaktu kecil, Lee yang juga menaruh perasaan terhadapnya. Bagaimanapun, Jiang sudah mempunyai teman lelaki dan demi tidak mengguris hati Lee dengan memberitahunya melalui telefon, dia membuat keputusan untuk bertentang mata dan memberitahu lelaki berkenaan.
Menurut World of Buzz, mereka bersarapan pagi bersama dan sebaik sahaja habis, Lee memujuk Liang untuk masuk ke dalam keretanya. Tidak mengesyaki apa-apa, gadis itu bersetuju.
Namun, ketika dalam perjalanan menghantar Liang pulang ke rumah, Lee telah membawa gadis itu ke rumahnya. Sebaik sahaja dia memberhentikan kereta, Lee terus mencabul bahagian bawah gadis itu dan turut menyentuh buah dada sambil mengugutnya.
Dengar arahan aku, kalau tak jangan berangan lah aku nak hantar kau balik rumah. Kalau kau tak buat seks dengan aku, aku takkan lepaskan kau. Kalau taknak tidur dengan aku, guna mulut kau, jika tidak kau takkan dilepaskan.”
Jiang yang ketakutan dan tidak mempunyai pilihan terpaksa melakukan seks oral terhadap lelaki itu. Tidak cukup dengan itu, Lee turut cuba merakamkan gambar dan video secara senyap ketika gadis tersebut melakukan seks oral terhadapnya. Menyedari tindakan lelaki itu, Liang dengan pantas terus merampas telefon bimbitnya.
Nasib menyebelahinya, Liang berjaya melarikan diri ketika lelaki itu pergi ke tandas. Dia kemudian segera membuat laporan polis tentang insiden itu.
Lee berjaya ditangkap pihak polis dan dibicarakan di mana hakim menjatuhkan hukuman empat tahun penjara bermula Jun ini. Hakim turut menerangkan bahawa tindakannya itu telah membuat mangsa trauma secara mental dan fizikal.
Hati-hati bila berkawan tu!