in

Gadis Cun Jual Aiskrim di Langkawi Ini Jadi Perhatian Netizen, Digelar ‘Si Cantik Penjual Aiskrim’

Ice2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Gadis Cun Jual Aiskrim di Langkawi Ini Jadi Perhatian Netizen, Digelar 'Si Cantik Penjual Aiskrim'
Loading
/

Trend terbaru di Malaysia, jika ada peniaga yang mempunyai rupa paras yang cantik atau hensem pasti akan tular serta merta dalam sekelip mata.

Seperti gadis berusia 22 tahun dari Langkawi ini yang menjadi perhatian netizen di media sosial selepas gambar dan videonya membawa motor menjual aiskrim tular di Facebook.


Menurut New Straits Times, gadis bernama Syamimi Azhari itu merupakan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) dan sedang dalam tempoh cuti semester.

Bagi gadis jelita ini, menjual aiskrim itu adalah kerja sampingannya ketika cuti. Meskipun untung yang diperolehi tidaklah terlalu banyak dan harus meredah hujan serta panas, namun Syamimi sama sekali tidak kisah akan hal itu. Syamimi boleh mendapat RM150 dalam sehari dan dalam sebulan sebanyak lebih RM1,000. Okay lah tu kan.

“Saya seronok bila jumpa dengan ramai orang yang positif.”

Syamimi mula membantu menjual aiskrim untuk membantu perniagaan bapanya, Azhari Hashim, 50, sejak empat tahun yang lalu.

Gadis3
sumber: facebook

“Bapa membesarkan saya dengan menjual aiskrim, jadi saya tidak malu untuk melakukan pekerjaan itu ketika cuti semester.

Anak tunggal yang juga penuntut tahun ketiga, Jurusan Pendidikan Biologi, Fakulti Sains itu pernah ditanya oleh bapanya sama ada dia berasa malu dengan rakan-rakan dengan pekerjaan yang dilakukan. Namun gadis ini sama sekali tidak mempedulikan apa kata orang dan hanya melakukannya demi membantu menambah pendapatan. 

Gadis4
sumber: facebook
Gadis6
sumber: facebook

Apabila ditanya tentang perasaannya selepas mendapat gelaran ‘Si Cantik Penjual Aiskrim’ dari orang ramai, Syamimi akui berasa janggal namun mengambilnya secara positif kerana dapat membantu bisnes bapanya.

Gadis1
sumber: facebook

Biarpun orang lain sibuk berhari raya, namun bagi Syamimi dia sudah merancang untuk berniaga sepanjang Aidilfitri bermula hari ketiga.

“Saya lebih suka berdikari mencari duit sendiri terutama bagi membeli kelengkapan untuk Aidilfitri ini.”

Gadis5
sumber: facebook

Gadis cantik ini juga turut berharap bahawa dengan berniaga aiskrim dia akan dapat membantu meringankan beban kedua ibu bapanya.

Bagusnya dia rendah diri dan ikhlas bantu ibu bapa. Semoga dimurahkan rezeki.

Baca: Jururawat Menawan Buat Ramai Netizen ‘Jatuh Sakit’ dan Mahu Ditahan Wad

Nurse 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.