Single pertama artis K-pop, G-Dragon selepas 7 tahun menyepi mendapat pujian orang ramai selepas peminat mendapati lagu tersebut dihasilkan dengan kerjasama bersama Empire, satu label bebas yang dimiliki usahawan Palestin.
Menurut laporan MalayMail, pemilik Empire, Ghazi Shami juga merupakan seorang yang sangat lantang bersuara mengenai genosid yang sedang berlaku terhadap rakyat Palestin ketika ini.
Bagaimanapun, itu tidak bermaksud peminat K-pop di seluruh dunia tidak mengambil peduli mengenai apa yang berlaku di Palestin.
Sebaliknya, ramai yang menggunakan suara masing-masing dan tetap bersuara mengenai Palestin walaupun berhadapan dengan pelbagai bentuk tentangan.
Artikel berkaitan: Bebas Tuduhan Dadah, G-Dragon Nak Tubuhkan Yayasan Anti-Dadah Untuk Bantu Belia Korea
Artikel berkaitan: “Dia dikatakan alami depression” – 4 Kecaman Popular Yang Sulli Kena Ini Penyumbang Dia Kemurungan?
Menurut laporan Allkpop, peminat K-Pop memuji keputusan G-Dragon untuk bekerjasama dengan Ghazi terutamanya ketika suara-suara mengenai Palestin sedang ‘disenyapkan’ di media sosial.
Malah, tindakan G-Dragon yang juga dikenali ‘raja’ dalam industri K-Pop dilihat sebagai satu tindakan berani yang bagai disengajakan oleh figura tersebut.
Difahamkan, dokumentari BTS RM yang akan datang, RM: Right People, Wrong Place, tidak akan ditayangkan di Israel.
Perkara tersebut dilihat sebagai satu kemenangan kecil peminat K-pop yang menentang Zionis.