Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham baru je dapat pengiktirafan sebagai salah satu doktor terbaik di dunia dalam menangani wabak Covid-19.
Terbaharu, satu perkongsian di Facebook dimana seorang anak kecil yang dikenali sebagai Lara ada menghantar surat kepada Dr Noor Hisham. Di dalam surat tersebut dia mengatakan yang dia ada membuat bracelet diy untuk rakan-rakannya sebagai tanda persahabatan diorang.
So, dia pun ada buat satu bracelet diy dan diberikan kepada Dr Noor Hisham tanda terima kasihnya kepada Dr Noor Hisham
Alahaii, comelnya..
Surat itu bukan berakhir macam tu je, dia mendapat balasan surat daripada Dr Noor Hisham.
Di dalam surat balasan itu Dr Noor Hisham berterima kasih atas kiriman surat dan bracelet yang dihantarnya . Sekarang, cucunya yang sedang pakai bracelet biru itu. Wahh, Dr sweetnya.
Beliau mengatakan yang beliau tak buat semua ni sorang-sorang. Beliau ada team yang membantunya dan rakyat Malaysia juga turut membantu dengan hanya stay at home.
Dr Noor Hisham juga berpesan supaya anak kecil ini belajar bersungguh-sungguh supaya turn dia pulak nanti yang akan bantu Malaysia.
Perkongsian itu mendapat respon yang positif daripada netizen kerana sikap Dr Noor Hisham yang cukup baik kepada semua orang.
Memang layak sangat dapat pujian
A very humble man
Sibuk-sibuk Dr pun sempat juga balas surat. Hihi