in

‘From The River To The Sea’, Ini Maksud Sebenar Slogan Palestin & Asal-Usulnya

collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyokong-penyokong Palestin di serata dunia, tak kira sama ada di Malaysia, Beirut, London, Korea atau Rome telah menggesa gencatan senjata terhadap pengebomam tanpa henti Israel.

Para penyokong turut membuat protes di jalanan mengibarkan bendera Palestin dan bersorak menggunakan slogan “From the river to the sea, Palestine will be free”. Bagi menyatakan keinginan mereka untuk melihat kebebasan rakyat Palestin di tanah mereka sendiri.


Namun begitu, slogan pembebasan dari Sungai Jordan ke Lautan Mediterania telah mendapat kritikan barat dan penyokong Isreal yang melabel sorakan ini sebagai orang yang menyokong Hamas dan ucapan yang berunsur ganas dan anti-Semitik.

Seperti awal bulan ini, Setiausaha Dalam Negeri United Kingdom Suella Braverman menganggap demonstransi pro-Palestin sebagai “perarakan kebencian” dan memberi amaran bahawa penggunaan slogan tersebut boleh ditafsirkan sebagai indikasi keganasan untuk menghapuskan Israel.

Tak cukup dengan itu, Persatuan Bola Sepak UK turut mengharamkan pemain mereka dari menggunakan slogan tersebut di sosial media peribadi mereka.

Artikel berkaitan: Apa Itu Nakba 1948 & Kenapa Ia Merupakan Peristiwa Penting Untuk Diingati Rakyat Palestin?

Artikel berkaitan: Konflik Israel-Palestin: Ini Semua Korang Perlu Tahu Tentang Konflik Terpanjang Di Dunia

Tapi apa maksud sebenar slogan from the river to the sea, Palestine will be free ini?

Asal usul slogan ‘from the river to the sea, Palestine will be free’

2714183897352ed

Penggunaan slogan ini telah dicipta oleh penduduk Palestin yang telah hilang tempat tinggal mereka pada 1964 di bawah pimpinan Yasser Arafat. Mereka menyeru penubuhan sebuah negara tunggal dari Sungai Jordan ke Lautan Mediterania untuk mendapatkan semula wilayah bersejarah mereka.

Lebih dari 750,000 rakyat Palestin telah hilang tempat tinggal mereka selepas Israel menubuhkan negaranya itu sehingga mereka menamakan peristiwa tersebut sebagai Nakba atau “malapetaka”.

Maksud slogan

Terdapat dua tafsiran berbeza bagi Palestin dan Israel mengenai maksud disebalik slogan tersebut lebih-lebih lagi dengan penggunaan “free”.

Nimer Sultany, seorang pensyarah undang-undang di London mengatakan slogan ini mengekspresikan keinginan hak sama rata terhadap semua penduduk Palestin.

Kebebasan di dalam slogan ini pula merujuk kepada rakyat Palestin yang telah dinafikan hak mereka sejak Britain membenarkan Yahudi untuk mendiami tanah mereka di Palestin melalui Deklarasi Balfour 1917.

Perkara ini telah berterusan menjadi punca masalah ini di mana rakyat Palestin telah dinafikan hak untuk hidup dalam kesaksamaan, kebebasan dan bermaruah seperti orang lain.”

MicrosoftTeams image

Berpuluh-puluh ribu penyokong Palestin yang berarak di London pada Sabtu lalu ditemani oleh beberapa kumpulan Yahudi mengatakan bahawa slogan ini tidak boleh diintepretasikan sebagai tindakan anti-Semitik.

Penting untuk kita ingat bahawa slogan ini dalam bahawa Inggeris dan ia tidak seirama jika dicakap dalam bahasa Arab. Ia digunakan di dalam demonstrasi di negara-negara barat. Kontroversi telah diciptakan bagi menghalang solidariti di Barat untuk Palestin.”

Bagi penyokong Israel, slogan ini mempunyai kesan yang sangat menakutkan. Kerana bagi orang Yahudi Israel, slogan ini seperti mengatakan bahawa di antara Sungai Jordan dan Lautan Mediterania akan menjadi satu entiti dan ia akan dipanggil sebagai Palestin, kata rabai dan profesor, Yehudah Mirsky di Universiti Brandeis.

Slogan ini berbunyi lebih kepada ugutan berbanding tuntutan pembebasan. Ia tidak mengambil kira masa hadapan di mana orang Yahudi boleh mendapat kehidupan sendiri dan menjadi diri mereka sendiri.”

Mirsky mengatakan, sesiapa yang melaungkan slogan ini merupakan penyokong Hamas dan Sultany mendakwa penyokong Palestin tidak boleh disamakan dengan penyokong kumpulan bersenjata.

Sumber: Al-Jazeera

Sumber: Dawn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.