in

“Forever won’t kahwin..” – Diperli Sebab Belum Kahwin, Dr. Soo Wincci ‘Sekolahkan’ Netizen?

Soo 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal Miss World Malaysia tahun 2008? Dr Soo Wincci yang digelar artis serba boleh kerana memiliki dua Ijazah Kedoktoran dalam bidang pengurusan periagaan dari Open University, Malaysia dan bidang produksi artistik dari University of Polytechnic, Valencia, Spain.

Baru-baru ini, beliau telah tersenarai antara tujuh selebriti Malaysia yang bergelar doktor falsafah oleh Majalah Remaja. Namun, dalam kegembiraan itu, Dr Soo Wincci telah menerima satu komen netizen yang mempersoalkan status bujangnya.


Soo 1 1

“Cantik.. tapi sayang…”

Dr Soo Wincci memuat naik tangkap layar komen tersebut di laman Instagram miliknya semalam dan komen itu berbaur ‘kerisauan’ oleh netizen kerana dirinya yang belum berkahwin lagi.

Cantik.. tapi sayang, tak kahwin kahwin lagi.

Kemudian, Dr Soo Wincci menegaskan pendirian beliau dengan membalas komen tersebut.

Forever won’t kahwin. Nak tengok how far a girl can go without marriage.

Di sini, Dr. Soo Wincci tetap dengan pendirian bahawa beliau tidak akan berkahwin sampai bila-bila dan ingin membuktikan wanita juga boleh berjaya dan pergi lebih jauh tanpa perlu berkahwin.

Artikel berkaitan: 8 Wanita Hebat Malaysia Yang Dikenali Di Luar Negara

Artikel berkaitan: Korang Dah Start Puasa Enam Belum? Soo Wincci Dah!

“Not forever in my list”

Dengan kapsyen dalam hantaran tersebut, Dr Soo Wincci juga berkata perkahwinan tiada dalam senarai hidupnya.

Zaman dah berubah. Let’s see who will go the furthest ya. Marriage is forever not in my list sorry.. jangan harap.

Menyingkap di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendirian Dr Soo Wincci mengenai perkahwinan.

Soo 2 Soo 3 Soo 4

Betul tu… perkahwinan bukanlah pengukuran untuk bahagia. Respect Dr Soo Wincci!

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.