Sebentar tadi pelawak dan penyampai radio, Shuib mengadakan sidang media bertemu dengan salah seorang individu yang telah menabur fitnah mengenai dirinya termasuk Allahyarham isteri, Siti Sarah berhubung kaitan organisasi Freemason.
Namun dalam sidang media itu juga, dia bertegas untuk tidak memberi muka kepada seorang lagi individu bernama John Dihani kerana merasakan fitnah yang dilemparkan itu sebagai melampau dan maaf bukan jalan terbaik bagi menyelesaikan isu ini.
John Dihani tampil mohon maaf tapi…
Terbaharu, individu tersebut tampil membuat kenyataan menerusi hantaran di laman Instagram miliknya membuat permohonan maaf kepada Shuib.
John Dihani menyatakan berasa menyesal dengan perbuatannya mengeluarkan kenyataan terbabit secara membuta tuli sehingga mengundang fitnah ke atas Shuib dan pengguna media sosial lain.
Justeru, John Dihani berharap agar Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad sudi bersemuka dengannya bagi menyelesaikan persengketaan.
Namun, menjengah ke Instagram Story Shuib, dia memaparkan satu tangkap layar perbualan di WhatsApp menandakan kes tersebut hanya boleh diselesaikan di mahkamah. Ini bermakna, Shuib begitu tegas dengan pendiriannya seperti yang dinyatakan dalam sidang media tadi.
Malah Shuib juga meluahkan rasa kesal apabila individu terbabit telah memadam konten yang memfitnah dirinya.
Dalam sidang media tadi, Shuib sudi memaafkan pengguna media sosial bernama Zulhairi Abu Othman yang hadir bertemu dengannya.
Baca: “Saya maafkan dia” – Shuib Bersemuka Dengan Pemfitnah, Bakal ‘Buru’ Seorang Lagi Individu