Umum mengetahui bahawa syarikat media sosial terkenal, Twitter telah dibeli dan diambil oleh seorang ahli perniagaan dan usahawan teknologi, Elon Musk pada 14 April 2022.
Setelah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkenaan, dia telah membuat beberapa perubahan terhadap polisi serta penggubahan staf syarikat berkenaan.
Hari ini, telah tular sebuah ciapan di Twitter, memberitahu bahawa Musk bakal meletakkan jawatan sebagai CEO Twitter selepas mendapat pengganti.
I will resign as CEO as soon as I find someone foolish enough to take the job! After that, I will just run the software & servers teams.
— Elon Musk (@elonmusk) December 21, 2022
“Saya akan meletakkan jawatan sebagai CEO sejurus selepas saya dapat menemukan seseorang yang sanggup mengambil alih! Selepas itu, saya hanya akan mengetuai pasukan perisian dalaman dan laman,” tulisnya.
Selepas mendapat keputusan ‘poll’ di Twitter
Ini adalah kali pertama Elon menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai CEO selepas hasil tinjauan dalam talian yang disiarkannya di Twitter, sama ada beliau perlu meletakkan jawatan sebagai ketua platform media sosial itu.
Tesla mempersoalkan tumpuannya kepada platform media sosial itu dan sama ada ia mengganggu tumpuannya daripada mengetuai perniagaan kenderaan elektrik dengan betul.
Elon Musk sendiri mengakui bahawa beliau terlalu banyak memikul tanggungjawab, dan berkata “tiada sesiapa yang mahukan pekerjaan yang boleh memastikan Twitter terus hidup,” pada Ahad lepas.
Tinjauan itu menerima lebih 17.5 juta undian di seluruh dunia dengan majoriti 57.5 peratus mahu beliau meletakkan jawatan, bertanding hanya 42.5 peratus mengatakan tidak.
Terdahulu, Twitter telah menghalang penggunanya untuk mempromosikan akaun media sosial lain dengan berkongsi pautan. Mana-mana pengguna yang melanggar peraturan tersebut, boleh dibuang akaunnya ataupun digantung.
Apa kata warganet?
Tinjauan ke ruangan komen, netizen menyuarakan pendapat mereka yang berbelah bahagi kerana ada yang bersetuju Elon Musk untuk meletakkan jawatan dan ada yang tidak.
Patut tak dia letak jawatan atau dia patut perbetulkan pengurusan Twitter?
Sumber: Astro Awani, SInar Harian, Harian Metro
Baca : Twitter Bakal ‘Delete’ Akaun Pengguna Yang Kongsi Pautan Ke Media Sosial Lain