Apa saja perkara yang berlaku di Arab Saudi pasti akan menjadi tumpuan masyarakat kita di sini.
Baru-baru ini, tular beberapa gambar dan video yang memaparkan pemandangan padang pasir di Arab Saudi yang kini menjadi hamparan kebun bunga berwarna ungu.
Fenomena luar biasa itu telah menarik perhatian ramai pelancong dari seluruh semenanjung negara itu.
Saudi dessert turn purple. A desert bloom triggered by heavier than usual winter rains has carpeted the sands of northern Saudi Arabia with purple flowers, drawing sightseers from across the Arabian Peninsula. pic.twitter.com/Wk1xeGGqbE
— umar | عمر 🆇 (@iUmarKhattak) February 19, 2023
Memetik sumber Al Arabiya, pemandangan indah itu mula terjadi selepas berlakunya hujan musim sejuk sekaligus membuat banyak tumbuh-tumbuhan mekar di padang pasir atau gurun. Hamparan kebun bunga lavender itu dapat dilihat di kawasan kota Rafha, utara Arab Saudi.
Seorang pengunjung sanggup memandu sehingga enam jam untuk melihat dan menikmati pemandangan tersebut. Dia menganggap kejadian itu merupakan fenomena yang cukup luar biasa.
“Tiada siapa menjangkakan perkara ini berlaku di Arab Saudi. Bau dan pemandangannya menyegarkan jiwa,” katanya.
Hujan lebat membawa banjir ke bahagian barat Arab Saudi akhir tahun lalu telah membawa ‘kehidupan’ ke padang pasir.
Difahamkan, pemandangan bunga lavender memang terjadi dalam tempoh 15 hingga 20 hari dalam setahun kesan daripada hujan lebat.
Tidak mahu melepaskan peluang menikmati pemandangan indah itu, ada pengunjung yang sanggup menghabiskan masa dengan berkelah di sana.
Orang ramai di media sosial turut teruja melihat fenomena jarang berlaku itu. Bagaimanapun, ada juga yang kurang senang apabila mengaitkannya dengan tanda-tanda hari kiamat.
Baca: Padang Tandus Di Arab Saudi Bertukar Hijau, Ini Fakta Yang Perlu Korang Tahu