Semalam, tular satu video di TikTok memaparkan penduduk di sebuah apartment terpaksa beratur panjang sebelum dibenarkan masuk ke kawasan apartment tersebut. Difahamkan, kejadian itu berlaku semasa para penduduk pulang dari kerja.
https://www.tiktok.com/@firdausnor22/video/7302014228351749378
Apartment tapi feeling2 kondo?
Menurut pemilik video, sebelum ini rider penghantar makanan pernah ‘terkena’ dan kali ini semua penduduk pula perlu beratur panjang untuk memasuki kawasan kediaman tersebut.
Bila Mentari Court feeling2 kondo. Hari tu buat naya food panda & grab. Kali ni semua penduduk. Terbaik.. dengan lif rosak memanjang blok A… – kapsyen video
Melihat keadaan itu, ada netizen di ruangan komen bercakap tentang masalah fasiliti apartment tersebut. Namun, segelintir netizen masih memuji keadaan apartment itu yang bersih dan teratur.
Artikel berkaitan: “Sistem kutipan tak efisyen” – Penduduk Pulau Redang ‘Dihantui’ Bau Sampah Yang Tidak Dikutip
Artikel berkaitan: “Kenapa Harus Digali?” – Netizen Marah Penduduk Gali Semula Kubur Lepas Dengar Bunyi Dentuman
Sistem baharu dalam tempoh percubaan
Walau bagaimanapun, pemilik video itu memuat naik lagi satu video mengenai notis daripada pihak pengurusan apartment tersebut.
https://www.tiktok.com/@firdausnor22/video/7302021438364454145?_r=1&_t=8hQLWt09FtX
Dalam notis itu, pihak pengurusan Mentari Court memaklumkan kepada semua penduduk mengenai sistem palang automatik pejalan kaki yang akan diaktifkan sepenuhnya pada 2 Disember 2023, 10 pagi.
Namun begitu, pihak pengurusan akan menjalankan percubaan sistem itu pada 16 November 2023 iaitu semalam. Para penduduk juga perlu mendapatkan kad pejalan kaki di pejabat pengurusan bagi memudahkan urusan keluar dan masuk pintu utama.
Ada netizen di ruangan komen meluahkan rasa tidak puas hati kerana notis itu dikeluarkan dua hari sebelum tempoh percubaan bermula.
Fuh.. nasib baiklah time tu tak hujan. Kalau tak kena beraturlah dalam hujan..
Sumber: TikTok