in

Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin?

Syaz Ft 2024 09 13T130136.507

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adakah pergolakan rumah tangga dua pelakon terkenal Fattah Amin dan Fazura akhirnya bertemu noktah?

Sebuah laporan dikeluarkan oleh Berita Harian menyatakan Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.


Artikel berkaitan: “Are u ok?” –  Muat Naik Lagu Adele & Babak Filem Crazy Rich Asians, Posting Fazura Undang Spekulasi Netizen?

Artikel berkaitan: “Kecewa dengan Faz” –  Bawa Bendera Palestin Ke Konsert Coldplay, Fazura Dikecam Netizen

553 3

Bagaimanapun sumber yang mendedahkan berita itu tidak mendedahkan perihal terperinci berkaitan isu tersebut.

“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya.

Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan,” kata sumber itu.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada apa-apa kenyataan daripada pihak Fazura ataupun Fattah.

Sebelum ini, status rumah tangga kedua-dua pelakon itu menjadi tanda tanya ramai apabila mereka dilihat sudah tidak beinteraksi di media sosial masing-masing.

Sebagai info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Berita Harian

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.