Pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura disahkan bercerai talak satu hari ini di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh pada jam 9.45 pagi.
Menurut Sinar Harian, selepas selesai dijatuhkan talak, Fazura, 40, dilihat menangis dan memeluk ahli keluarganya.
Ketika berhadapan dengan media, Fazura yang sedih dengan perpisahan itu tidak dapat menahan sebak dan meluahkan tiga sebab yang menjadi punca kepada perceraiannya dengan suami.
Artikel berkaitan: “Thanks daddy Fatima” – Fazura Terima Bunga Rona Merah Jambu Sempena Hari Lahir Kiriman Fattah Amin
Artikel berkaitan: “Stay strong” – Fazura ‘Reply’ Tweet Setelah Lama Menyepi, Netizen Anggap Itu ‘Hint’?
Saya tak sedih dengan perceraian ini. Keputusan dibuat bukan dalam masa sekejap.
“Saya dah sengsara bertahun-tahun. Saya dah fikir panjang. Saya reda.
“Fattah abaikan nafkah untuk saya dan Fatima. Kami tidak sefahaman lagi. Saya dah lama tidak bahagia.
“Memang Fattah berlaku curang. Saya ada bukti,” kata Fazura dalam sedu sedan.
Pada 13 September lalu, Fazura telah memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4 tahun.
Sumber: mStar, Sinar Harian