Setelah sekian lama mendiamkan diri daripada dunia hiburan, Fathia Latiff baru-baru ini memaklumkan bahawa dia kini menceburi bidang undang-undang dan sedang bertugas di sebuah firma guaman.
Posting yang dimuat naik Fathia di Instagram dengan kapsyen “Officially a legal assistant” telah membuatkan ramai salah faham dan menganggap dia kini sudah bergelar seorang peguam kerana Fathia sebelum ini merupakan seorang graduan undang-undang daripada universiti tempatan.
View this post on Instagram
“Saya bertugas sebagai seorang kerani”
Enggan salah faham berlanjutan, Fathia menerusi satu lagi perkongsian di Instagram memaklumkan bahawa dia sebenarnya bukanlah seorang peguam bertauliah tapi bertugas sebagai kerani di sebuah firma guaman.
Menurutnya lagi, ia adalah satu salah faham yang tidak disengajakan dan dia telah memohon maaf jika ia menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.
View this post on Instagram
Saya ingin menegaskan bahawa saya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman.
“Saya bukanlah seorang peguam bertauliah sebagaimana yang digambarkan dan difahami oleh sebahagian pihak. Sesungguhnya ini adalah salah faham yang tidak disengajakan di mana saya telah terlepas pandang.
“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya kenyataan saya di media sosial saya telah menimbulkan kekeliruan kepada mana-mana pihak,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memberi kata-kata semangat buat Fathia untuk melakukan yang terbaik dalam pekerjaannya.
Namun ada juga di kalangan netizen yang menjelaskan perbezaan di antara legal assistant dan legal clerk. Ada yang mendakwa Fathia seorang ‘paralegal’ kerana dia mempunyai kelulusan undang-undang namun tidak mempunyai lesen untuk mempraktikkan undang-undang.
Apa-apapun tahniah Fathia sebab dapat kerja baru! Semoga terus sukses.
Baca: Merajuk Dengan Netizen, Da’i Wan Tak Nak Buat Surat Terbuka Untuk Fathia Latiff