in

Fashion Valet Hentikan Operasi, Nak Fokus Pada Jenama dUck & LILIT?

Collage 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas lebih 10 tahun beroperasi sebagai laman e-commerce terawal di Malaysia, Fashion Valet akhirnya umumkan yang mereka telah pun melabuhkan tirainya.

Menurut The Vocket, baru-baru ini laman Fashion Valet telah mengeluarkan notis mengatakan yang mereka telah pun menghentikan operasi dan memperkenalkan laman membeli-belah dalam talian yang baru dengan memberikan pengalaman yang lebih khusus dan peribadi.


1D12Fcaf 3B04 40Bf 8281 Ec671Fb50Bdd 1000X1536 1

Kami nak berikan pengalaman yang lebih khusus dan lancar untuk anda! Dengan itu kami telah tukarkan arah perniagaan kami untuk fokus kepada dUck dan LILIT.”

Kalau korang masuk ke laman web Fashion Valet sekarang, korang akan diberikan dua pilihan sama ada untuk masuk ke laman web dUck atau pun LILIT.

Namun begitu, korang jangan risau sebab kesemua mata ganjaran dan kredit yang dah dikumpulkan sebelum ini masih dikekalkan di kedua-dua platform tersebut dengan menggunakan akaun sedia ada.

Screenshot 2022 07 25 At 4.55.44 Pm

Bukan tu je, korang juga boleh campurkan kedua-dua jenama ini dan checkout di satu tempat. Contohnya kalau korang letak barang dalam cart dUck korang boleh checkout di aplikasi LILIT dan sebaliknya.

So kalau dulu korang boleh beli pelbagai jenama dari Fashion Valet, sekarang ni dorang hanya fokus kepada dua jenama utama je lah. Mungkin lagi banyak fesyen terbaru yang bakal dorang keluarkan lepas ni kan?

 

Baca: “Hanya dengan 3 pesanan sahaja” – Menangi Tudung, Wrislet atau Gincu dUCk Sempena Cabaran Hari Ibu GrabMart!

Screenshot 2022 07 25 At 5.05.26 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.