in

Farid Kamil Yakin Ada Sinar Berdamai Dengan Diana Danielle, Akan Jumpa Aurora Tak Lama Lagi

Farid Diana Berdamai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, pasangan pelakon, Farid Kamil, 42 dan Diana Danielle, 32, tiba di Mahkamah Tinggi Syariah pada jam 9.00 pagi bagi sebutan kes hadanah iaitu hak penjagaan membabitkan dua anak mereka.

Menerusi video yang dikongsikan hlive, Farid Kamil yang ditemui selepas sebutan pertama kes tersebut memberitahu bahawa ia berjalan dengan lancar dan ada sinar untuk berdamai dengan isterinya.


Menurutnya lagi, dia juga sedang dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka dan bakal berjumpa dengan anak keduanya, Aurora tidak lama lagi.

https://www.instagram.com/p/Cqo5X2LPDCT/

Apa yang boleh saya katakan hari ini, saya tengah berusaha untuk menyelamatkan keluarga saya.

“Saya tengah dalam proses untuk memikirkan jalan terbaik untuk perdamaian. Perdamaian yang saya maksudkan itu adalah kembali untuk bersama dengan isteri saya dan memberi anak-anak kedua ibu bapa mereka kembali,” katanya.

Dalam pada itu, Farid juga enggan mengulas lebih lanjut mengenai ‘bilik’ yang tidak sesuai dimasuki kanak-kanak dan perbuatannya yang membiarkan anak tidur di atas lantai seperti yang didakwa Diana dalam IG story tempoh hari.

“Ini bukan menang kalah lah” – Diana

Dalam pada itu Diana yang ditemui di luar mahkamah juga berharap isu ini bertemu jalan penyelesaian.

Walau bagaimanapun bila disoal mengenai keadaannya Aurora, Diana enggan berkongsi keadaan lanjut anaknya kerana ingin menjaga privasi kanak-kanak tersebut.

https://www.instagram.com/p/Cqo6jvLM1vk/

Diana juga sama seperti Farid tidak mahu mengulas lanjut mengenai ‘bilik’ yang diperkatakan serta menyerahkan segala persoalan kepada peguamnya.

Apa-apapun kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini. Semoga bertemu jalan penyelesaian yang melegakan hati semua pihak. 

Baca: Farid Bakal Dedah Perkara Sebenar Di Mahkamah, Dakwa Diana Danielle Tabur Fitnah

Dd Fk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.