in

Farid Kamil Didenda RM5,000 & Tiada Hukuman Penjara Susulan Salah Guna Dadah

Tegwrfadesa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari difahamkan telah terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana salah guna dadah pada empat tahun lepas.

Farid Kamil didenda RM5,000 dan tiada hukuman penjara


Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan akhir Farid Kamil bagi mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2019.

Menurut Awani, pengawasan dua tahun juga dikekalkan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan boleh dipenjara enam bulan jika pelakon tersebut gagal membayar denda.

Mahkamah berkata tiada satu penjelasan konkrit yang boleh menyatakan bahawa hukuman tersebut setimpal dengan kesalahan dilakukan pada masa itu dan tiada aspek pemberatan contohnya tiada kesalahan lampau atau sebagainya.

Screenshot 2022 11 30 At 3.37.21 Pm

“Ini kerana kes-kes mahkamah menunjukkan sama ada untuk menjatuhkan hukuman penjara dan denda, mahkamah bergantung kepada fakta kes itu. Dalam kes ini, kami dapati faktanya adalah jelas dan tidak menjurus kepada kesalahan terlalu serius atau berat.”

“Oleh itu, mahkamah bersetuju dengan hujah peguam perayu dan memutuskan bahawa hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan Mahkamah Majistret dan disahkan oleh Mahkamah Tinggi, diketepikan serta diganti dengan hukuman denda RM5,000. Dua tahun pengawasan di bawah AADK dikekalkan.”

Sebelum ini, Farid Kamil telah dijatuhkan hukuman kerana menggunakan dadah dikenali sebagai THC iaitu ’11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’. Dia dituduh melakukan kesalahan di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pukul 4.30 petang, 11 Januari 2018.

Download 2

Diana Danielle dan adiknya, Fadzil turut hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan kepada Farid Kamil.

Farid Kamil ketika ditemui pemberita selepas membayar denda menzahirkan rasa syukur dengan keputusan hari ini yang disifatkan terbaik untuk dirinya.

“Saya gembira kerana kes ini telah selesai di peringkat rayuan dan kini saya boleh fokus terhadap penggambaran filem seterusnya berjudul Anwar, yang kini berada di peringkat akhir serta bakal ditayangkan pada Februari 2023.”

Bolehlah Farid Kamil fokus pada kerjaya selepas ini…

Baca: Bawa Watak Anwar Ibrahim Dalam Filem Baharu, Farid Kamil Sedia Terima Kecaman Ramai

Screenshot 2022 11 30 At 4.45.03 Pm

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.