Keretakan rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle masih berterusan sehingga hari ini.
Terbaru, misteri kehilangan cincin perkahwinan seperti didakwa Diana sebelum ini terjawab apabila suaminya, Farid Kamil mengesahkan barang kemas itu hilang selepas isterinya itu melahirkan anak kedua mereka, Nur Aurora.
Sebelum ini, Diana memberitahu Farid telah menghilangkan cincin tersebut namun hari ini, Farid mendakwa dia bukanlah punca cincin perkahwinan itu hilang.
“Sebenarnya, cincin perkahwinan yang saya beri kepada Diana itu dipakainya. Dia yang salah letak cincin berkenaan ketika Aurora dilahirkan di Bangsar melalui proses ‘water birth’ (kelahiran dalam air).
https://www.instagram.com/p/Cq4u9IStNud/
Dalam proses itu, semua jam dan barang kemas lebih baik dibuka. Jadi, Diana buka dan letakkan dalam beg. Tetapi selepas selesai proses bersalin, kami hendak balik dan cari cincin itu tidak dapat ditemui.
Saya cuba mencari dan disebabkan dia tidak jumpa cincin berkenaan, isteri menangis dan bersedih.
Untuk menghalang dia daripada terus bersedih selepas menyambut kelahiran bayi kedua, saya katakan bahawa cincin itu bukan penting, kita boleh beli.
Saya beritahu kegembiraan pada masa itu, kita tidak boleh beli,” katanya.
Farid berkata dia tidak sangka perkara itu boleh menjadi sesuatu yang besar, dia pun sudah berjanji akan membelikan cincin yang baru.
Selain itu, Farid turut berharap tawaran perdamaian dibuat membabitkan nilai lebih RM300,000 termasuk bayaran pendahuluan nafkah, diterima baik isterinya itu.
Sumber: Berita Harian
Baca: “Dah 8 tahun nak cincin tak dapat hari ini baru nak bagi” – Diana Danielle