in

Esti Carranza: Bunuh Bekas Suami & Teman Lelaki, Simpan Dalam Tong Aiskrim Sebab Obses Nak Anak

esti pembunuh

Sayangnya. Hanya kerana ingin memiliki anak dan memulakan kehidupan berkeluarga, wanita ini menjadi penjenayah. Estibaliz Carranza atau dipanggil Esti ditangkap pada 10 Jun 2011 kerana membunuh bekas suami dan teman lelaki. 

Esti merupakan kacukan Sepanyol dan Mexico, berusia 33 tahun ketika ditahan dan seumur hidupnya, dia sangat teringin untuk mempunyai anak. Kes ini mendapat perhatian ramai dan orang ramai menggelar Esti sebagai ‘the Ice Cream Killer’.

Jom admin cerita pasal kisah Esti ni.

 

Sejak kecil memang obses nak jadi ‘ibu’

Esti mempunyai keinginan untuk memiliki anak sejak dia kecil lagi. Malah dia pernah tanya ibu dia,

Ibu, bila saya boleh ada anak?”

Namun, ibu dia menjawab jauh lagi perjalanan hidup dia untuk ada anak. Bukan tu je, dia juga cakap Esti perlu habiskan sekolah, sambung belajar di universiti serta dapat gred yang baik dan mulakan kerjaya dulu.

 

Habis belajar, buka kedai aiskrim

20 tahun kemudian, Esti mempunyai kelulusan degree namun tidak menggunakannya. Tapi, dia berpindah ke Vienna, Austria dan mulakan bisnes kedai aiskrim.

Ketika itu, keinginannya untuk mempunyai anak masih sama. Tapi kerana tiada suami atau teman lelaki, dia hanya dapat berinteraksi dengan anak-anak pelanggannya di kedai.

 

“Bila kita boleh ada anak?”

Esti berkahwin dengan Holger Holz yang berusia 41 tahun selepas hanya berkenalan selama 2-3 minggu. Dia selalu bagi hint yang dia nak ada anak tapi setiap kali cakap, Holger hanya menjawab “soon”.

Menurut dokumentari, Esti sanggup berpakaian seksi di rumah untuk menggoda Holger agar mereka bersetubuh sebab dia nak sangat mengandung. Tapi, suami dia macam sentiasa busy dengan meeting.

 

Mula ada skandal

Kecewa dengan suami dia, Esti mulakan hubungan dengan jurujual peti ais, Manfred Hinterberger. Manfred pula selalu yakinkan Esti yang dia akan dapat apa yang dia nak dalam hidup.

Esti pun jatuh hati dan berniat nak berkahwin dengan Manfred lepas bercerai dengan Holger. Sementara urusan perceraian selesai, Holger dan Esti masih tinggal sebumbung sehingga tiba hari perkahwinan dia dan Manfred.

 

Pembunuhan pertama – 2008

Pada satu malam, ketika Holger tengah bermain game dekat komputer Esti dapat tahu Manfred tinggalkan dia dan ada perempuan lain. Holger kemudian cakap sesuatu dengan nada sarcastic, membuatkan Esti sakit hati.

Nampaknya kamu akan hidup berseorangan tanpa anak.”

Disebabkan dia obses nak ada anak, kata-kata yang keluar dari mulut Holger tu menyakitkan hati menyebabkan dia nekad untuk membunuh lelaki tu.

Esti ambil pistol dalam sebuah laci dan terus tembak Holger dua kali di kepala dari belakang lebih kurang dengan jarak 4-8 inci. Lepas tu dia tembak lagi sekali untuk pastikan Holger betul-betul mati.

 

Cuba hapuskan mayat

Esti cuba membakar mayar Holger dekat depan komputer tu tapi ended up rumah dia penuh asap dan bau daging terbakar. So, dia padam api dan pergi kedai untuk beli chainsaw.

Dia kerat anggota badan Holger guna chainsaw sampai jadi ketulan kecil. Lepas tu dia ikat dalam plastik dan sumbat dalam bekas aiskrim. Bila jiran tanya bau apa yang terbakar tu, dia kata bau dia bakar ikan. Lepas tu dia bawa dua bekas aiskrim berisi mayat ke kedai dia, isi simen untuk hilangkan bau dan letak dekat basement.

Manfred kembali

Kurang setahun selepas tu, Manfred kembali dan minta maaf dekat Esti. Dia mengaku buat kesilapan sebab curang dan mohon Esti terima dia semula.

Saya sayangkan awak. Saya dah bersedia untuk mulakan hidup berkeluarga.”

Esti terima Manfred semula disebabkan keinginan dia untuk mempunyai anak tu.

 

Masih tak mengandung

Selepas setahun bersama, Esti jadi kurang sabar sebab dia masih tak mengandung. Pada satu malam, dia bergaduh dengan Manfred sebab teman lelaki dia tu menggatal dengan seorang perempuan di satu event yang mereka pergi.

Masa bergaduh tu, Manfred yang tengah mabuk tu cakap,

Mungkin saya akan ada anak dengan dia.”

Esti bengang. Bila dia nak berbincang, Manfred dah tertidur.

 

Pembunuhan kedua – 2010

Esti terus ambil pistol dan tembak Manfred 4 kali di bahagian kepala. Lepas tu dia guna chainsaw tu juga, kerat badan Manfred dan buat benda yang sama. Simpan dalam plastik, sumbat dalam bekas aiskrim, isi simen dan letak dekat basement di kedai dia. Omg bayangkan mayat Holger tadi tu ada dekat basement for 2 years! Ewww!

Rahsia terbongkar

Pada satu hari tahun 2011, Esti panggil tukang paip sebab ada masalah pembocoran. Jadi, sebab nak tahu masalah paip tu, kedua-dua tukang paip turun ke bahagian basement.

Sebaik sahaja turun, mereka dapat bau yang sangat busuk. Lepas tu mereka cari bau tu dan ternampak bekas-bekas aisrim. Salah seorang kemudian pecahkan dan mereka ternampak kaki manusia.

 

Larikan diri tetapi berjaya ditangkap

Bila dapat tahu rahsia dia terbongkar dan bakal ditangkap, Esti larikan diri ke Itali. Tapi, 2 hari selepas tu dia berjaya ditahan. Paling mengejutkan, dia dapat tahu dia sedang mengandung 2 bulan hasil hubungannya dengan lelaki keempat dalam hidupnya.

Mengaku bersalah

Pada tahun 23 November 2012, Esti mengaku bersalah atas tuduhan membunuh dan dipenjarakan seumur hidup di sebuah institusi sakit mental yang dikawal. Hasil pemeriksaan mendapati Esti ada masalah mental dan dianggap tidak normal seperti orang lain.

esti court
Sumber: IBTimes

 

Anak dijaga ibu bapa

Selepas melahirkan, pihak berkuasa mengambil anaknya dan kini berada di bawah jagaan kedua ibu bapa Esti di Sepanyol. Menurut Ranker, Esti kemudian dipenjarakan di penjara lelaki dengan pantauan nurse, pakar terapi dan doktor. Bukan tu je, pada 2011 dia telah berkahwin di penjara dengan bapa kepada anak yang dilahirkannya itu.

Tonton dokumentari tentang Esti dekat bawah ni:

https://www.youtube.com/watch?v=6fIC7mlfFVI

Baca: Jennifer Pan: Stress Hidup Dikawal Ibu Bapa, Gadis Upah Boyfriend Bunuh Parents Sendiri

pan 758x399 2