in

Erra Fazira Sudah Berkahwin Secara Rahsia? Pengurus Pelakon Beri Penjelasan

erra fazira kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam tular dakwaan dari sebuah portal yang mengatakan seorang pelakon terkenal didakwa sudah berkahwin secara rahsia pada minggu lepas.

Meskipun tidak mendedahkan identiti aktres terbabit, namun netizen mula berspekulasi mengatakan Erra Fazira merupakan selebriti yang dimaksudkan.


bherra13 1744549452

Susulan dakwaan tersebut, pengurus kepada Erra Fazira iaitu Sharenda Razak menafikan spekulasi itu.

Menurutnya, dakwaan tersebut disifatkan sebagai lucu dan status Erra kini kekal sebagai ibu tunggal.

Siapa yang cakap? Mana ada…Erra belum kahwin dan masih solo,” katanya yang mengulas laporan mengatakan seorang pelakon terkenal didakwa sudah berkahwin dengan jejaka yang tidak didedahkan identitinya.

Artikel berkaitan: “Jangan buat fitnah” – Erra Fazira Nafi Tahu Punca Cerai Engku Emran & Noor Nabila

Artikel berkaitan: “Apo tak habis2 pasal kahwin” – Ini Respon Erra Fazira Lepas Netizen Dakwa Dia Dah Nikah Menteri

Dalam temubual dengan media sebelum ini, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 51, memberi jaminan tidak akan menyembunyikan daripada pengetahuan umum jika satu hari nanti dia bertemu jodoh dengan lelaki yang dikatakan menjalinkan hubungan dengannya, iaitu Ezwan Zain yang juga dikenali sebagai Mr. E.

photo 2025 03 23 08 35 55 2 1742697205

Ezwan juga dilaporkan sebelum ini mengakui hubungannya Erra mula terjalin sejak Ogos tahun lalu semakin serius.

Malah pasangan ini juga dilihat semakin terbuka dengan hubungan mereka apabila tampil dalam satu sesi live di platform media sosial. Sesi live tersebut mengundang reaksi positif pengikut yang rata-rata berharap hubungan mereka berakhir ke jenjang pelamin.

Apa-apapun kita doakan yang baik-baik untuk Erra dan pasangan. 

Sumber: Berita Harian

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.