Rancangan realiti nyanyian Famili Duo kini menjadi bualan ramai selepas insiden komen ‘pedas’ Mas Idayu terhadap persembahan pasangan Naim Daniel dan Sissy Imann.
Perkara itu membuatkan Sissy Imann terganggu sehingga dia terpaksa meminta maaf kepada pasangannya Naim Daniel kerana menjauhkan diri walaupun kedua-dua mereka sepatutnya bersedia untuk persembahan bagi minggu ke-7 rancangan tersebut.
https://www.instagram.com/p/Cn1F4RAyUU6/
Belum reda, hari ini poster promosi bagi minggu ke-7 telah dikeluarkan namun ramai yang mempersoalkan di mana gambar serta nama pasangan duet Sissy Imann dan Naim Daniel.
Dalam laporan mStar, Naim Daniel menyatakan dirinya sendiri terkejut apabila gambarnya tiada dalam poster promosi tersebut.
“Saya pun baru tahun tiada nama kami dalam poster tersebut. Entahlah, rasanya semua okay sahaja, tunggu sahajalah nanti.
Saya juga harap peminat dapat doakan urusan kami berjalan lancar,” katanya.
Naim turut memberitahu bahawa tiada sebarang keputusan telah dibuat oleh duo tersebut berkenaan penyertaan konsert mingguan mereka Ahad ini, ia kerana mereka masih belum membuat sebarang persediaan untuknya.
“Sekarang ini masih lagi dalam proses menguruskan beberapa perkara. Tengoklah bagaimana nanti, belum dapat kata putus lagi. Insha Allah kami akan muncul,” katanya.
Naim turut berkata biasanya sejurus selepas konsert mereka akan diberikan lagu untuk minggu hadapan namun minggu ini sedikit berbeza kerana mereka tidak diberikan apa-apa tugasan.
Penyanyi lagu Purnama itu turut berkongsi Sissy masih belum bersedia untuk menjawab apa-apa soalan dari mana-mana pihak susulan insiden minggu lepas.
Kita doakan yang terbaik ok?
Baca: Tak Tersenarai Dalam Poster Famili Duo, Naim Daniel & Sissy Imann Tarik Diri?