in

“Entah-entah baju nurse lain kot” – Baby Shima Sindir MP Persoal Uniform Jururawat Tak Patuh Syariah

Baby Shima Sindir Wan Razali Nurse Baju Ketat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh diperkatakan semalam di Dewan Rakyat ketika membahaskan usul Kertas Putih Kesihatan, apabila seorang Ahli Parlimen Pas telah membangkitkan isu pemakaian seragam jururawat wanita di fasiliti kesihatan awam.

Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor mendakwa ramai jururawat wanita berpakaian ketat dan tak mematuhi syariah, lapor Malaysiakini.


C1Af16A0 Wan Razali Wan Nor Screengrab 150623

“Seumur hidup Shima tak pernah pulak nampak baju nurse tu ketat?”

Tidak setuju dengan kenyataan tersebut, penyanyi Baby Shima menerusi posting di Facebook telah menyindir ahli parlimen berkenaan dengan berkata, belum pernah lagi dia bertemu dengan jururawat berbaju ketat.

Tambahnya lagi, ada kemungkinan juga pihak yang merungut pakaian yang didakwa ketat itu telah melihat ‘jururawat’ yang lain.

Baby Shima

Seumur hidup Shima pergi klinik atau hospital, tak pernah pulak nampak baju nurse tu ketat?

“Entah-entah dia tengok baju nurse lain kot,” katanya.

Terdahulu semasa berbahas, Wan Razali Wan Nor mempersoalkan etika pemakaian seragam jururawat wanita di klinik dan hospital kerajaan yang dikatakan terlalu ketat dan tidak mematuhi aspek syariah.

Katanya lagi, pakaian jururawat itu juga didakwa mengikut acuan Barat dan beliau menggesa kerajaan meneliti semula garis panduan pemakaian jururawat wanita.

Dalam pada itu, untuk info, Baby Shima dan Wan Razali juga sebelum ini pernah ‘berseteru’ apabila ahli parlimen berkenaan didakwa menuduh Baby Shima “menjual agama” ekoran satu persembahan nyanyian yang diadakannya sebelum ini.

Bebi Shima

Pun begitu, Wan Razali telah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas membuat hantaran yang tidak disenangi penyanyi terbabit.

Haih macam-macam ye.. Tapi korang rasa pakaian jururawat sekarang ni macam mana? Ketat atau biasa saja? 

Baca: MP Pas Persoal Seragam Jururawat Wanita ‘Ketat & Nampak Bentuk Badan

Jururawat Wanita Ketat

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.