Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun maut dalam tidur selepas dia dan ibu bapanya disahkan menghidapi Covid-19 di Texas, Amerika Syarikat. Kali Cook menjadi korban termuda di daerah Galveston County semenjak pandemik melanda dunia selepas kedua-dua ibu bapanya memilh untuk tidak menerima suntikan vaskin Covid-19.
Menyesali pilihan untuk tidak menerima vaksin, ibunya, Karra Harwood berkata anak perempuannya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.
Menurut laporan Daily Mail UK, Harwood telah disahkan positif Covid-19 pada hari Isnin dan telah memulakan kuarantin kendiri di rumah. Walaubagaimanapun, virus itu cepat merebak dan mengakibatkan Harwood dan pasangan turut dijangkiti. Anak lelakinya yang berusia 5 bulan turut dijangkiti Covid-19 sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan.
Berkata mengenai kematian anak perempuannya, Harwood menyedari Kali mengalami demam pada hari Selasa dan telah memberikannya ubat pada kira-kira jam 2 pagi hari yang sama. Sekitar jam 7 pagi, Harwood dan pasangannya ke tempat kerja dan Kali didapati telah meninggal dunia.
Selepas kehilangan anak perempuannya akibat Covid-19, Harwood sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan vaksin bagi dirinya. Beliau juga berharap episod malang yang dialami keluarganya dapat memberikan pengajaran kepada orang ramai untuk mendapatkan vaksin.