in

Enggan Ikut Harga Asal , Exco Melaka ‘Gertak’ Tarik Lesen Kilang Beras Tempatan

Ft Exco Melaka Serbu Kilang Beras

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak beras import dinaikkan harga, ramai rakyat Malaysia yang mengeluh kerana mereka rasa sukar untuk mendapatkan bekalan beras tempatan.

Peka dengan keluhan rakyat, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh membuat ‘serbuan’ secara mengejut di dua buah kilang beras di Melaka pada Isnin lalu.


Artikel Berkaitan : Ingat Jenama Overseas Rupanya Lokal! Ini 3 Brand Popular Yang Berasal Dari Malaysia

Artikel Berkaitan : Peniaga Dedah ‘Beras Seludup’ Jadi Pilihan Di Kelantan, Dakwa Lebih Manis & Sedap

Dalam video yang dikongsikan oleh Sinar Harian itu, dilihat Muhammad Akmal begitu tegas dengan salah satu pengilang yang didakwa enggan untuk menjual beras tempatan pada harga yang disyorkan oleh kerajaan iaitu RM 25.50 untuk sekampit beras seberat 10 kg.

Difahamkan, pengilang enggan mematuhi arahan tersebut kerana mendakwa hanya mendapat keuntungan yang kecil berbanding menjual beras import.

“Ini arahan kerajaan, kalau awak cakap rugi, saya tarik awak punya lesen kita bagi orang lain hantar,” tegas beliau.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau turut menjelaskan bahawa kerajaan negeri bakal mengambil inisiatif mengadakan jualan beras tempatan di 28 Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) bermula Sabtu ini.

Tambah beliau, langkah itu diambil susulan aduan dan menyelami denyutan nadi rakyat yang sukar mendapatkan bekalan tersebut.

Jelasnya, setiap Japerun akan dibekalkan sebanyak 300 kampit beras 10kg yang akan dijual pada harga RM26 sekampit.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.