Pelakon Sharifah Sakinah hari ini mengesahkan yang dirinya sudah berkahwin, katanya, majlis pernikahan itu berlangsung di ibu kota dan dibuat secara tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan artis terdekat pada minggu lalu.
Ia merupakan perkahwinan yang ketiga buat Sakinah setelah bercerai kali kedua dengan bekas suaminya yang berada dari Sweden, Michael Hansen pada hujung 2023 setelah mendirikan rumah tangga pada tahun 2021.
Artikel berkaitan : Undang Kontroversi Menari Dukung Anjing, Sharifah Sakinah Mohon Maaf
Artikel berkaitan : “Gangubai Malaysia” – Netizen Terkedu Lihat Sharifah Sakinah Berbaju Kurung Sambil Pegang Rokok
Kata pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired ketika dihubungi oleh Berita Harian berkata, dia mohon maaf tidak dapat mendedahkan identiti suaminya yang sudah dikenali sejak lebih 4 tahun itu.
“Ya, kami sudah berkahwin minggu lalu. Tapi, saya mohon maaf kerana tidak dapat dedahkan identiti suami kerana alasan peribadi. Saya juga mencari masa yang sesuai untuk berkongsi berita baik ini kepada semua termasuk pihak media.”
Sebelum ini, Sakinah didakwa sudah berkahwin pada minggu lalu, dalam majlis tersebut, Sharifah Sakinah tampil menawan mengenakan busana serba putih dengan tema putih keemasan.
Sakinah pernah berkahwin dengan seorang juruterbang, Aliff Adha pada tahun 2015 sebelum bercerai pada tahun 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak perempuan, Anais Adha yang kini sudah berusia 8 tahun.
Sumber : Berita Harian