in

Emosi Anak Mangsa Dit*kam Suami Sendiri Stabil, Sudah Kembali Ke Sekolah

ft emosi anak mangsa tikam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Emosi dua orang anak kepada Allahyarhamah Mastura Abdullah yang maut kerana dipercayai ditikam oleh suaminya sendiri pada Isnin kini berada dalam keadaan stabil.

Adik bongsu kepada arwah, Ahmad Hafizan, 22, berkata anak saudaranya yang sulung berumur 12 itu sudah pergi ke sekolah seperti biasa.


Artikel berkaitan : Kes Suami T*kam Isteri: Suspek Sempat Ambil Anak Dari Sekolah Sebelum Serah Diri

Artikel berkaitan : Terlalu Cemburu, Suspek Tik*m Isteri Pernah Pergi Jumpa Bomoh

Tambahnya, emosi anak lelaki yang berusia 10 tahun itu merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam kini beada dalam keadaan baik biarpun si anak itu adalah individu yang terawal melihat keadaan ibunya selepas kejadian yang menyayat hati berlaku. 

“Alhamdulillah, mereka berdua baik-baik sahaja. Tentang hak penjagaan kami sedang berbincang sama ada akan dijaga oleh kakak tiri mereka di Selayang, Selangor atau nenek saudara di sini.”

“Arwah kakak mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinannya yang pertama sebelum ini.”

Screenshot 2025 12 02 154423

Dalam pada itu, suami kepada mangsa yang juga suspek telah direman selama 6 hari sehingga Ahad ini. Perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini pada Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu, Mastura yang bekerja sebagai tukang masak di Selayang, Selangor meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Screenshot 2025 12 02 154438

Suspek telah menyerah diri di Balai Polis Gual Ipoh di sini kira-kira jam 1 tengah hari. Menurut sumber, pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun dan mempunyai dua orang anak yang berumur 12 dan 10 tahun.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, HTM untuk bedah siasat dan selamat disemadikan jam 7 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paku pada Selasa.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.