in

“Elok sangat ada video” – Pelajar Dikecam Main ‘Fire Extinguisher’ Sempena Tamat SPM

semburanann

Tamat mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) adalah kenangan manis bagi setiap pelajar dan selalunya kita menyambut detik-detik tersebut dengan gathering makan bersama kawan-kawan dan lain-lain.

Namun ada juga segelintir pelajar yang suka buat perangai pelik, sampai ke tahap bermain dengan ‘fire extinguisher’ di sekolah.

 

“Lepas buat dia lari” 

Baru-baru ini, tular satu video di Twitter memaparkan gelagat sekumpulan pelajar di sebuah sekolah bermain dengan fire extinguisher di kawasan kantin.

Selepas bergelak ketawa dan menyembur bahagian kantin dengan alat pemadam api tersebut, kumpulan pelajar itu dilihat melarikan diri tanpa menghiraukan kerosakan yang telah mereka lakukan.

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1491621811410604036

 

“Paling b*d*h pergi rakam & post! Memang cari penyakit!” 

Video berkenaan telah mendapat kecaman warga netizen yang mana rata-rata mengatakan tindakan pelajar berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab dan memerlukan pemantauan guru dan ibu bapa.

budak sekolah

Haih macam-macam ye perangai budak sekarang. Mungkin terlalu ‘excited’ kot sebab dah lama tak masuk sekolah. 

Baca: [VIDEO] Datang Sekolah Pakai Selipar, Ramai Sebak Lihat Cikgu Hadiahkan Kasut Dekat Pelajar Ni

selipar

Sumber: Twitter